Friday, January 29, 2010

mendaki kembali

mengiringi sendu di pagi membuta bercorak batik berhiaskan suasa tanpa bicara dengan bersahaja mengotak-katik rentak lenggokan mental ulungku tenang berlagu sederhana sentimental, langsung sederap kaki kubangun kusedar.buat ukiran yang mencolok mata menambah dosa menempah neraka,kuletak kau jauh,jauh kau sebagai tempelak yang dulu bertenggek di dahan kerut-kerut dahiku.

masa mengalir deras,sesak nafas aku menongkah ombak durjana dan setelah sekian lama, berpatah balik aku dibawa menghadap redup mata itu,sengsara itu,kenangan itu,itu kekuatan yang melemahkan kuat seorang yang lemah.itu jugalah kelemahan yang menguatkan lemah seorang yang kuat.berputar-belit bahasa menandakan bijaksana hanya pada puitis percakapan,namun lingkungan itu jugalah daki-daki tulus dan saki baki jujur bertandang mencurahi.

bibit kepura-puraan megah menyental karat pada besi-besi menjalar mengikat gigimu.aku yang kian berubah dek arus permuafakatan mengalu-alukan penyudah yang kolot tapi berkesan meninggalkan kesan di sebalik alasan manisan perbahasan ala-ala hindustan yang tak berkesudahan.meski sebagai wahana bagi menyampaikan pemikiran,luaran di dalam sama dengan dalaman bagi luaran segala keadaan.sebagai nama yang memulakan kisah,nama itu juga yang akan mengakhirkan kisah.nama hanyalah nama yang sekadar nama bagi sesuatu nama dan nama bagi nama sesuatu nama yang bergerak sebagai jenama kenamaan.

salah berubah,salah tak berubah.
berterus-teranglah supaya terang benderang segala-gala.

Saturday, January 16, 2010

sebetulnya

here is gravity,john mayer.





tika ini,16 hari bulan januari 2010 bersamaan 30 Muharram 1431.sebetulnya, mohd kimal sedang turut serta dalam sebuah majlis keramaian dan bersiap siaga untuk mendendangkan beberapa buah lagu untuk santapan telinga capang para tetamu yang hadir.sebetulnya, mohd kimal telah berpeluang untuk seiringan dengan couple dalam majlis ini.sebetulnya,mohd kimal telah berpeluang untuk menyebarkan muziknya.sebetulnya,mohd kimal telah memenuhi tuntutan hawa nafsu sederhana penganjur yang meng'invite' nya untuk ke majlis ini.

akan tetapi, tuan-tuan yang dilaknati sekalian,keadan telah memasang lampu merah,memaksa mohd kimal untuk akur dengan onak yang membujur lalu.keinginan mohd kimal untuk turut 'menyelam' dalam kewarasan akal membolehkan pelbagai masalah sekeliling dapat dilunaskan.
dalam kebersalahan mohd kimal mengunyah kemaafan yang diberi dan mulai menghembus rasa terima kasihnya.untunglah,tali ketegangan kian kendur dan benih sahabat kini bercambah.

ratusan kemaafan buat ummi nur hani.
ribuan terima kasih buat ummi nur hani.
jutaan penghargaan buat ummi nur hani.


Friday, January 15, 2010

boom boom keceper

letakkan jari tengah anda tepat di atas tali E pada fret yang ketiga.kemudian letakkan jari telunjuk anda pada tali A pada fret yang kedua.akhir sekali susun baki jemari anda kecuali ibu jari pada fret yang ketiga bagi tali B dan e.langsunglah petik dan petik dan petik.chord G dimainkan bersempena hati yang sedang gundah.'bang something out'.tangkap dan singkirkan apa sahaja yang berkeliaran dalam benak menerusi jari-jemarimu,jangan biarkan seekor ilhampun terlepas.

medan petempuran ini kian suram,berbeza mengikut tempo yang lebih langsing dan tak lagi berketepatan dengan irama denyutan nadi ulung seorang pelahap.berbakikan sedikit igauan dan huru hara ledakan berontakan seketul keinginan,masih merasa diri akan merosakkan parti kesinambungan sipolan dengan sifulan yang sedang dipisahkan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

meraba-raba dalam kedaifan, En.mati akal bertembung 'boom boom keceper' dengan En.jalan buntu yang sedang menuju ke arah selatan.suka untuk mengambil cakna tentang kerumitan yang semakin menusuk kalbu meskipun ianya kini mulai berbau hanyir.oh manusia sekalian,salahkah ku merasa serba salah yeah,salahkah ku bermasalah.perlukah aku meneran keluar saki dan baki,ceri dan beri,kasih dan sayang yang menggelupur dalam tohmahan sendiri ini.luka mana yang tak pedih wahai ramasami ,fakta berkata air yang tenang memang tiada buaya.hariku berulang hampir hari-hari setiap hari.mencuba lari,mencuba lari.

You'll never understand why I hurt so much
because you're not the one who is crying,
you're not the one who is left behind,
you're not the one who loved too much,
and you're not the one who is holding on to someone who is gone

Monday, January 11, 2010

sanskrit pergolakan dalaman

susur galur hari yang sunyi,sunyi yang sepi,sepi yang tenang,tenang yang lapang,lapang yang kosong,kosong yang lengang,lengang yang tenteram,tenteram yang syahdu,syahdu yang nyaman,nyaman yang selesa,selesa yang hanya nipis sahaja bagaikan kena tak kena dengan deretan bahasa tersusun aksara mengolah bicara pabila ditekan-tekan papan kekunci yang kian muak dengan jalur-jalur jari-jari yang sama hampir setiap hari.

kadang-kadang bermain pedang,terkadang sukar bagi kita sendiri meramal makna yang terperap nan terpendam dalam sanubari.yang lama ditinggal kian muncul lagi,lagi-lagi lama disorok lagi-lagi gila-gila rasanya dan bukankah begitu ia berkitaran.oh,bukan aku,ini sama sekali tidak mengena kenakan aku.ini satulah hanya pandangan rawak ilusi yang berenang merentasi benang-benang realiti berselimutkan fantasi.umpama mempercayai daun nyiur yang melambai-lambai mengangkat jari tengahnya ke arah si lancau dengan labu-labunya.

sedamai taman firdausi,bersama-sama meredah lautan api dengan kapal wap berkuasa tinggi melalui terusan suez dan juga selat melaka,inilah hiperbola para pemain 'bola angan-angan' cuba hendak bercakap soal kejujuran melintasi padang kecurangan.ke tepi wahai permaisuri,ke sana kau sang samurai terkurung,jika lidah itu boleh mengangkat peace sudah pasti bergelimpangan gelen-gelen keamanan disponsori oleh pahlawan-pahlawan sawan,dan pendekar ini masih bersabar juga setia dari segala segi tiga bermuda.berwaspadalah bersama surat persediaan meramal hari mendatang hari mendatang lantas memeluk hiba.

p/s ; tindik lidah,tindik telinga.baca payah jangan ternganga.

Sunday, January 10, 2010

terapi akal sendiri

mentah,tersepak betapa bersepah banyaknya.jalan-jalan ular perit dipalu,bengkang-bengkoknya maut berliku.disusuli hairan, aku meraba ke pelusuk bondong-bondong masalah sempit akal manusia.setelah penat berpenyakit malas,dengan serius mengikis rasa peduli dalam lingkungan cairan manis mulut bibir membengkak.

mulakan hari mengorak langkah,menolak dari menggapai nikmat mencabul diri dengan sebatang rokok menusuk ke kalbu nun di ambang teruk tangkis kesihatan menambah parah penyakitku.bertentangan kehendak,firasat cuba menjelaskan keadaan tokok tambah pada setiap inci luluh hati mati.hadapi mati,hadapi semua kemungkinan menanti,jangan lari,lumrah hidup sering dibenci,berikan senyuman itu,tabahkan hati.kau

keadaan bertambah sunyi,
jarak kian bertambah,
lohong makin tirus mendalam,
john lennon menggubah lagu seikhlas hati,
tiada olok-olok,jujur menyendiri,aku.





p/s ; no need to be alone

Friday, January 8, 2010

gelombang cinta

ringgit dan syilling
fikiran runsing
kepala pening
masih boleh di runding

kurangkan laju
perlahan lahan
sediakan payung
sebelum hujan

gelombang cinta
bergelora
penawar bisa
merawat luka
perasaan duka
menjadi suka
muram durja
jadi gumbira

bumi dipijak
langit dijunjung
mari berfikir
luar tempurong

gelombang cinta
hilang kuasa
jika penyiar
tak menerima
tolong hubungkan
saya dgn nya
walaupun jauh di mata
tetap dekat di hati

mari semua kita turut serta
gelombang cinta pasti terpesona

tak kira pangkat
ataupun darjat
limpah kurnia
gelombang cinta
gelombang cinta

loque aku sanjung.

Friday, January 1, 2010

baru tahun baharu.

2010 yang mendatang.2009 yang pergi.bukankah sepatutnya tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya?atau itu hanya biasan percakapan sang hipokrit yang sempit kotak pemikirannya.wah.wah.wah.hebat,sungguh hebat.tahun baru disambut bagai nak rak.meriah sangat sampai nak pecah langit di tala dengan alunan lunak aurat wanita sehingga larut malam,mengganggu burung hantu yang memburu tikus melengkapkan rantai makanan.

apakah yang patut saya katakan apabila jutaan rakyat malaysia berjoget sakan tak kira tua ataupun muda mencari ruang keenakan mengah-mengah khusyuk menghayun kepala ke atas dan ke sisi.perlukah semua itu."yeah bro,itu sangat perlu bro,new year beb.enjoy ah"wah.kencangnya bisikan syaitan yang direjam.lepak sekejap,ini bukan ceramah agama,ini luahan kecil hati manusia yang berpangkat hamba.

apa yang hendak diperkatakan lagi,apabila manusia berpangkat CEO berumur 70 tahun pun berlenggang di atas pentas mendendangkan lagu frank sinatra,marvelous.cantik,nikmat,tahun baharu sambutannya gamat.tidak salah,tidak salah,tidak salah.cuma,yang utama adalah memanjatkan kesyukuran kepada tuhan sekalian alam.berapa banyak dosa kita pada 2009 harus kita hisab sendiri dahulu.bandingkan sambutan new year masihi dengan new year hijriah.ayuh segera,lihat sekeliling.pusing-pusingkan sikit otak tu,mari oh mari.

kalau jutaan manusia berada di dataran itu dan ini di seluruh negara,berapa kerat kah yang beriktikaf di dalam masjid?.kalau pukul 8.00 malam dah bersedia menghentak kepala,bilakah masa kita bersedia solat berjemaah bersama tok imam?.jangan tinggal tok imam dengan bilal sahaja sudah.kalau konsert dilanjutkan sampai 3-4 pagi,bila masa nak bangun sujud pada ilahi?.berapa ramai yang bangun untuk solat khusuf iaitu solat sunat gerhana?sunat muakad tu bro.semoga saya dan para pembaca memperoleh hidayah daripada Allah.

p/s: sori,bahasa aku memang macam ni.kalau nak maki,silakan.happy new year.