Monday, June 9, 2014

Merpati


Kerana tak semua merpati yang dilepas, kan kembali.




Lepaskan sang merpati itu,
Kelak nanti tuan bakal mengeluh rugi,
Nuansa, duka dan gumbira,
barangkali bagai langit dan bumi

Laksana dihunus senjata,
bilahnya dua, menusuk jiwa kecewa
Penamatnya mana? hamba dah tak kuasa
Tiada hujung oh debar-nya

bagai tersentap keluar, hati

Bagailah mana nanti..

tindak tanduk, bagai merela masuk
ruang sakti dilema yang terbentuk
gemerlapan, kilau sinar harapan
terlupa hidu bahaya

Relakan, patahkan amarah,
Hamba mengalah, lemah senandung kalah
Penamatnya mana? hamba kian terbiasa
Tiada mula oh tamatnya

bagai menanti saksama, tiba

Bagailah mana nanti.
.