Monday, August 22, 2011

bagaimana harus

hampir kepada raya, mengheret sama rasa gundah yang menjadi seteru kepada bahagia dan ketenangan. cetusan masalah peribadi mendokong perwatakan yang berkarakter malap dan lebih kepada antagonis seorang jahat. hati sedih dibanjiri tangis sengsara seksa yang perlu dikekang hebat tamparannya, harus kuat memandangkan keputusan sudah disaring kebaikannya meski belum terberanak keluar manfaat dari itu. namun demikian, masih teguh dahan percaya pada pokok ketentuan yang berbenih kepercayaan. sejujurnya sedang berfikir akan hari raya tanpa mendengar satu suara yang sebelumnya menjadi makanan telinga dan pewarna gembira wujudnya, tanpa itu, dengan penuh yakin jasad berselaput naluri ini merasakan satu kekurangan akan dirasakan bukan pada penanti suara ini sahaja, juga pada pemberi suara yang berhati penyayang yang semakin sempit ruang rasa seperti mana disangka dan dihadapnya dengan baik dan penuh usaha. juga timbul rasa sedih dan kasihan pada keadaan yang dirancang tiada,kerana jauhari itu kenal benar manikam dan telah ditatukan nama bercorakkan percaya didataran luar jantung. kendatipun begitu,puisi lembik tidak mengukuh yang lemah dan tidak menajamkan yang tumpul. bertemakan langkah baru, berikutan itu tiada apa yang dicari dan dikehendaki selain keputusan untuk bersendiri berseorang diri menjalani hidup sehari hari,biar terbukti janji janji yang sentiasa ditepati pembikin janji ini, biar tahu biar terbongkar kuat si lemah ini lebih kuat dari sang kuat yang suka melemah. bukan untuk dikagumi, atau diperhati, ia sekadar perbuatan normal dalam menjadi diri sendiri dan mencampak jauh hipokrit. langsung tiada kena dan mengena dengan tekanan yang menekan.namun dalam pelbagai keadaan,cukuplah hamba sekadar seorang manusia bertelinga dua yang bermisi mulia untuk menghibur hati penghibur berhibur, melembut keras yang mengulas, membantu seraya menghulur bantu yang melembikkan keras.

p/s : bagaimana harus, bagaimana harus. sentiasa berfikir membolehkan pemikir hilang daya fikir.

silap,manusia pelaku silap

manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan malah manusia berlari lari untuk melakukan kesilapan, kesilapan pula berlari lari di kejar manusia yang berlari lari ingin melakukan kesilapan sedangkan sepatutnya manusia lari dari melakukan kesilapan. meskipun hakikatnya manusia tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan samada sambil berjalan atau berlari, sentiasa ada kesilapan hampir setiap kali kerana manusia dan kesilapan adalah satu adunan yang tiada lari dari kelepasan.berlari lari melarikan diri dari kesilapan juga adalah sikap manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan,apabila kesilapan terjadi maka mulalah manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan ini melarikan diri dari kesilapan yang terjadi secara silap.kitaran ini akan berkitar secara silap dan mengundang kesilapan manusia sejagat menjadikan kita sentiasa ingin lari dari melakukan kesilapan sekaligus meneguhkan kenyataan manusia tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan. samada tersilap,menyilap diri, silap kesilapan, atau bersilap silap bukanlah satu benda yang perlu dikatagori dan dibahagi bahagi kerana ia tidak lari maknanya dan ia berakarkan perkataan yang sama iaitu silap dan silaplah bagi sesiapa yang berlari menidakkan dan menuduh kenyataan ini lari dan silap.tindakan sedemikian hanyalah mengundang silap dan ia ternyata satu kesilapan yang tidak akan lari dari tentangan dan akan dilabel sebagai kesilapan secara tidak sengaja atau tersilap.tidak silap lagi,manusia sering menjadikan kesilapan orang lain sebagai kunci untuk lari menyorok kesilapan yang telah dilakukan dengan silap.lihatlah,betapa manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan cenderung untuk lari dari kesilapan.kesilapan mampu menjadikan hidup manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan malap dan gelap.dan secara saintifiknya,sang kesilapan tidak pernah gagal menyilapkan penyilap yang tersilap mahupun sengaja berlaku silap untuk menetapkan hukum silap-kesilapan.jika tidak silap, emosi akan terganggu dan akan memungkinkan kesilapan terhadap manusia yang dituduh silap atas kesilapan yang tak disengaja, lebih silap lagi apabila manusia yang menuduh silap itu lupa bahawa manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan, menyerlahkan sikapnya yang lari dari moral yang berkualiti.sepatutnya kita tidak lari dari silap yang kita lakukan sebaliknya bertanggung dan berjawab atas kesilapan sama ada tersilap atau tidak kerana silap silap kesilapan itu akan memakan diri kita sebagai pesilap.

p/s; maaf jika tersilap, manusia adalah pelaku silap.

Sunday, August 21, 2011

selamat tinggal

selamat tinggal,
atas segala kesal.
atas segala malu.
atas segala-gala.

Thursday, August 18, 2011

pelepasan lepas

sekencang angin pantai yang berang, adakah sepedih tusukan lagenda taming sari, adakah seperit tercekik semprit dan adakah sesakit melahirkan anak.jangkaan rasa itu meleset sekali, belum sampai tahap tertinggi lagi sudah tergendala sakit perit pedih dan sembiluan ini, dalam kepincangan pendirian masih boleh berdiri tegak dan segak menyusun fail fail yang tak dikemuka kepada pembalikan wajah nun di dalam cermin yang masih lupa menutup nganga dan alpa dari menjatuhkan dongak dagu untuk memandang jauh ke hamparan kenyataan yang luas, apakah kurnia intuisi di salah guna dan tak difahamkan ertinya sehingga madah pun jadi bersepah, hidup menjadi penidak kepada penghidupan dan bibit lesu mula bersekongkol dengan ragam yang sepatutnya normal. ini bukan wayang yang mana permulaan dan pengakhiran boleh ditetapkan atas satu ketetapan yang selalunya temberang. haruslah dikemam gula gula pahit dalam selimut lidah biar terasa kelat supaya tersentak dari buaian manis manisan celaka kerana sesungguhnya kita tidak memerlukan apa yang kita katakan perlu, sebaliknya kita lebih memerlukan apa yang sering kali kita jauhkan demi 'keperluan' yang tidak perlu sebetulnya. ya, sebetulnya begitu. cubaan bangun dari separuh mati adalah sukar untuk dilaksana kerana kebergantungan lama masih bersenggama dengan kebiasaan kehidupan hari hari mengundang luluh hati dan keruntuhan yakin diri. dan dalam jangka itulah, sesedar sedar pemikiran berfikir akan pengorbanan yang besar harus di ambil, menjadikan matlamat hidup orang yang di sayang sebagai suatu yang lebih penting berbanding tuntutan ronta hati sendiri. kerana itulah yang terbaik dan terbagus untuk memperoleh kebaikan dan kebagusan mengharap gugusan dosa yang tahu juga yang tidak ketahuan melenyap dari membalut hitam hati pendosa. ratusan ringgit melayang menjadi simbolik pecah segala harapan dan lunyai ketegapan yang dirasakan cukup tegap. cukuplah sampai disini pengejaran yang gila luar dan dalam, penantian yang seksa membaham semangat, dan pengharapan yang tertiarap dek permasalahan. meskipun begitu, tidaklah mampu kita melangkah melarikan diri dari setiap ketentuan ilahi kerana apabila dikatakan jadi,maka jadilah ia. itu yang pasti.

p/s : merapu dalam sedar akan sebuah hakikat yang sedang di telan tanpa sebarang kunyahan. bermuhasabah lah.

Wednesday, August 17, 2011

cerekarama fantasi

dalam kecenderungan muslim sejagat berpuasa berbulan madu keramadhanan, acap kali satu titik merapu menyerlah dalam sepanjang kelurusan titik titik realiti. penitian fantasi yang mengubah reka bentuk semula jadi yang sedia wujud menggamit perundangan mentah berfikiran celaru. tak semua kerealitian menggambarkan suatu fanatik terhadap realiti yang terjadi dalam kitaran dunia hakiki. kadang kala wujudnya ia menggambarkan fantasi yang mungkin menempah tapak kaki,bahana kejelekan benar pemandangan dalam pemakanan otak. lumrah hidup tak seteru dengan bingkisan kejadian betul yang benar benar terserlah kebenaran ia dalam satu kebetulan yang sebetulnya benar. maka tersebutlah satu karang tulis skrip juga lakon aksi men-drama dalam lingkaran saraf saraf otak yang bercabang bagai, menjadikan ia hidup lalu menghidupkan rangka yang makin berisi dengan daging daging percaya dan tulang temulang kemungkinan yang menggagah dalam usaha menjawab rasa cemas dan kurang percaya. pendek kata, hambalah tuan direktor mengarah bentuk lakonan pilihan dan corak seni mempersenda realiti yang menguji dengan ujian yang tak di rela. meskipun begitu,perkara yang mustahak telah menggali dalam kebenaran hakikat yang berdingin hawa. nyatanya kefahaman tidak, kepuasan hati tidak, kebaikan tidak, cumalah satu pengakhiran buat buat yang menyedapkan mata yang mendengar dalam cara melihat juga telinga yang melihat melalui pendengaran, secara perhatiannya, segalanya masih sama, kaku dan berubah hanya untuk satu ketetapan yang tidak bertukar sedikit pun. hanyalah harap, dan harapan itu tidak menjanjikan sepatah kata pun untuk kepuasan yang berjantinakan lega kerana manusia tak pernah mengenal makna puas.

p/s : relakan hati untuk dicabul sang realiti, benar, lepaskan hati yang beriklim marah dan bersuhu sedih agar cuaca rasa memulih.