Wednesday, May 30, 2012

Rungkaian


ketegar itu mencarik nan menyiat kulit,
tiada sedar tertusuk maksud pencarian semena,
sedang langkah diorak lemah,
dikendong sama kekosongan rasa,
merupa erti kata, menentang riak rupa.
tiada ditonjol sesuata tanya nya,
tidak diperaga bahasa gaya,
disiram tahu,
yang sekeliling tidak mungkin cakna,
lanjar memeram rasa kusam,
mengemam luka,
namun cekap berlagu cendana,
meski senandung gusar terpancar menerpa.
apa lagi nak didirgahayu?
bahagikan, asingkan,
mana perlu, mana bestari,
mana mengusik mana menguji.

Sunday, May 13, 2012

spastik

pembukaan rasa terhadap suatu kekurangan yang jelas kurang fizikal dan tidak cukup raih mental memberikan satu impak dalam aktiviti menghela oksigen masuk sehari-hari.kerana penghidupan sesebuah kehidupan sangatlah bernilai dan tiada santiran juga tiada tolok bandingnya denga harga.

untungku bertemu dengan Eishah seorang lemah lembut dan gemalai hatinya yang murni mempunyai kasih yang tinggi dan sayang yang menggunung.tidak pernah terfikir aku akan menghabiskan masa lapang dengan menjadi sukarelawan memberi senyum dan menyampaikan sayang kepada yang kurang upaya dari segi keupayaan dan pasif mental fikiran.cukup lama beliau disana, diheret sama kujul tubuhku menyaksikan sendiri dan merasai sekelumit apa yang dirasa oleh para manusia yang berjalannya tidak tangkas, terhuyung-hayang, langkahnya tidak gagah dan bergoyang, cakapnya tidak berirama dan berbunyi sumbang, daya fikir dan mental yang setengah daripada usia sebenar, bersungguh-sungguh menyampaikan mesej, namun kita tidak akan faham dengan mimik muka dan gaya tangan yang kita tak terbiasa itu. merekalah peraih spastik kurniaan tuhan, dan sesungguhnya mereka mulia.

setibanya disana, aku diperkenalkan satu demi satu akan peraih spastik yang berlegar diruang hadapan menanti layanan orang yang sudi datang menjengah. sangat menyayat hati betapa mereka masih bersemangat meneruskan kehidupan meskipun dalam keaadan kurang segala keupayaan, namun manusia normal ada yang ingin membunuh diri sendiri. bagaimana mereka sambut setiap jelingan dan lirikanku dengan senyuman ikhlas yang terpancar kesungguhan, namun manusia normal sangat sukar melontar senyum sesama sendiri.

langkahku dihentikan oleh Eishah, beliau menuding kepada seorang pesakit yang duduk lemah diatas kerusi roda, tubuhnya tidak bergerak banyak dan kelihatan dia cuba berinteraksi dengan sekeliling.kata Eishah, "nampak tak dia pakai baju sekolah, seluar sekolah and kasut sekolah". "eh, kenapa dia pakai baju sekolah ni? bukan ke yang lain semua pakai pakaian biasa je?"soal ku. jawab Eishah, "ya. dia nak sangat pergi sekolah, so parents dia bagi dia pakai baju sekolah semua sebab dia nak". mendengar itu sangatlah sedih hati ini, terasa ingin jatuhkan genangan air mata tetapi ku kawal ke-macho-an ku dihadapan Eishah. lihatlah,begitu sekali semangatnya, sedangkan manusia normal ada yang ponteng sekolah, dan merungut malas ke sekolah.tidak kah kita sedar betapa beruntungnya kita.

Saturday, May 12, 2012

saya sayang bonda


bonda tiada laku tatkala senang mengenyang nafsu.berantak hidup jualah menyahcas rasa perlu taut pada bonda. ku taruh sayang sebagai mahkota buat bonda, dimana ia bertukar menjadi sepatu tatkala kurang ajar memeluk tingkah laku. lagak separa sedarku terhantuk sedar akan perlu kalimah maaf, satu kucupan berjenama 'saya sayang bonda' ku bubuh ke pipi bonda, tiadalah restu selain dari bonda.