Wednesday, June 2, 2010

luah kekunci

sebenarnya,banyak yang hendak diblogkan belakangan ini.namun sikap menangguhkan dan memeram perasaan kusam itu sudah sebati dalam setiap helaian muka surat hidup aku yang kurang meriah ini.from a twisted mind,which is my current kugiran,menghadapi masa sukar dalam tempoh dua minggu terkebelakang.memang susah bila berurusan dengan makhluk tuhan yang bergelar manusia.tidak malu untuk aku nyatakan,kugiran ini adalah satu perkara yang sangat membanggakan sepanjang penglibatan dalam putaran meluah rasa menabur ilham serta mengadun karya.walau pada awalnya agak sukar menyesuaikan keadaan,namun akhirnya ia adalah satu keselesaan dengan gaya nyanyian yang baru bagi diri aku itu berbanding lenggokan yang dalam dan jeritan yang menampakkan urat merih,antara gaya-gaya nyanyian ku.dua lagu iaitu irascible dan gibberish benar-benar memberi kepuasan kepada from a twited mind dan aku secara peribadinya.

namun dalam hidup bermasyarakat yang kurang bermuafakat ini,rasa kurang bermanfaat sentiasa menghantui diri dan tidak asing dari cubaan lari dari perasaan ini.maksudnya,konflik dalaman dan dramaswasta yang berketak-ketak berlaku dalam perjalanan ini dek pergolakan dalaman yang mendatangkan hiba.namun perlahan-lahan berjaya kusangkal dan menganggap ia sebagai asam juga garam kehidupan yang semakin tua.kuharus lupakan sengketa yang tidak sihat dan tiada faedah kerana masa benar-benar mencemburui aku tika ini.haih,masa yang tinggal tidak digunakan sebaiknya oleh diriku ini disebabkan hal JAD yang menebal perlu ku uruskan.dan hingga sekarang baru aku perasan bahawa blog aku ini sudah bertukar menjadi diari kehidupan seorang lelaki pondan.tidak mengapa,selagi aku menulisnya dengan jujur dan dengan perasaan yang membuak-buak,aku akan menganggapnya sebagai satu penulisan.moga penulisan-penuisan ini mampu membuat aku tersengih pada usia tua ku.

p/s: diari seorang lelaki pondan episod 2