Friday, April 16, 2010

sugul si manusia

terkebil-kebil sugul menggigil takkan membuahkan hasil.lagi-lagi buat insan yang penuh kemasyghulan akibat tidak mafhum tentang dirinya berada ditangga apakah dan bagaimanakah gambaran yang izhar boleh dikorek dek sangkala yang diluang.kini,kerumitan yang mencarik-carik kelapangan dada kian menular memenggal imaginatif pemikiranku ini.berpunca daripada kebarangkalian yang tirus peratusannya membikin rontaan hati dan sanubari kencang melangit menerbitkan keinginan untuk meluahkan nada yang tersembunyi.

mana ada manusia dalam dunia ni yang takkan sakit atau mati macam Zack dalam kisah eterniti nukilan azim suhaili.sekiranya ada,ia akan menjadi sesuatu yang tidak beralasan,muhal lagi lengkara buat sekalian manusia bertelinga dua.namun komplot fiksi lucah tersebut tidak wajar dipersalahkan dalam keadaan waras.apa yang meruncing disini,satiap sesuatu perihal yang manusia berahi akan,tidak semestinya bergolek datang.harus bersabar hati juga dicetus satu nyalaan peribadi.

syahadan,tahkiklah hikmah pasti menyusul bontot sesuatu perihal yang berlaku.kembang dan kuncupnya sama macam dengan kisah dalam alegori lampau oleh karyawan-karyawan zaman bahari dan purbakala.maka,angkatlah tanganmu pusing sekeliling lantas goyangkan pelusuk tubuhmu atas segala harmoninya hunuskan jarimu ke arah bulan kemudian tarik dan hunus pula kesebelah kiri pinggulmu,sambil itu putarkanlah lagu-lagu psikedelik dari kugiran shocking blue(biru yang mengujakan) praktikkanlah dengan hati luhur,moga hilang segala kegundahan nan kegulanaan.

p/s: teruskan kehidupan yang bercabang-cabang wujudnya.sign board tidak semestinya wujud di setiap persimpangan.jadi,bersedia hadapi segala.

Sunday, April 11, 2010

sangkala akan tiba

tatkala hamba duduk sambil membelai manja janggut sendiri ataupun baring memandang kerasnya siling, hamba cenderung meneliti dan sungguh-sungguh celi akan satu perkataan yang meniti di benak hamba iaitu 'future' atau dalam bahasa orang kita, depan kepada masa sekarang atau lebih glamour disebut sebagai, masa depan.

imbas semula zaman sekolah rendah, pabila teacher nurseha binti buyong bertanya dalam nada yang menggiurkan, "akmal,what is your ambition?" dengan balaghah hamba menjawab "i wanna be an architect."walaupun tidak begitu pasti apakah itu arkitek, adakah sama seperti billy, blue ranger bersenjatakan tongkat ataupun seperti bob the builder,"can we fix it!" ternyata sangkaan anak kecil selalunya meleset.

melangkah masuk ke buana sekolah menengah, guru matapelajaran seni berkaliber, cikgu roslan bin mohamad pernah mengajukan soalan yang persis, langsung hamba menjawab dengan jenjam untuk menjadi jurutera.hamba langsung tidak hairan dengan jawapan hamba, kerana hamba hanya sekadar mahu menjawab soalan itu menggunakan jawapan yang tidak berakarkan perahan otak memikir dan menyaring dari kepeningan yang telah wujud.

namun kini,kehangatan mula membahang menerpa menyelimut hati yang kian membuncah tentang ke mana hala tuju hidup senyampang bernyawa ini.meski cemerlang spm, masa depan belum berada dalam keadaan selamat.daripada tujuh permohonan untuk memegang biasiswa, hanya satu yang dipanggil untuk temuduga.sejauh manakah neraca pada bendera berfungsi menimbang nan mengadili jua menghargai secebis jaya ini.kutidak layak?sungguh karut.persetankan semua itu.semua yang berlaku sudah pasti diekori hikmah dari belakangnya.

kini,prasa masa depan mula membelenggu keinginan berseronok bersama dosa yang digalas berikutan makin tua kelapa makin banyak santannya.hamba sedang berharap cita-cita menjadi jurutera bukanlah satu cakap lepas hasil pergerakan bibir angkuh remaja belasan tahun sebaliknya kenyataan yang dipos dari masa depan.

punyai biasiswa membawa kepada kerjaya,kerjaya membawa kepada wang ringgit,rumah,kereta dan studio rakaman sendiri.segunung harapan dan cita-cita dipikul.masa depan yang digambarkan diharap muncul.

*ingin menghantar umi menunaikan haji.
*ingin membawa ayah menonton perlawanan liverpool di anfield.
*ingin menjadi rockstar.
*ingin berumah dan bertangga.

semoga segalanya menjadi nyata dalam masa yang sama meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t

Friday, April 2, 2010

jelanak melankolis

lama sudah tiada-ku peduli kewujudan belog ini.
alasan dan puncha bukan-lah malas yang ku galas
akan tetapi kechewa juga gumbira yang melangit menjadi batas-nya.
gumbira mendapat-kan A lurus dengan chemerlang.
kechewa ke-helangan sahabat terchenta.
semua-nya terjadi dalam satu ketika.
memporak-peranda-kan suahsana hiba.
buat sa-katika daku termenong mendongak-kan leher-ku.
membilang bintang naseb-ku yang kian chelaru.
mithal-nya,
sa-puchok surat yang kita kirimkan kepada sa-saorang.
ya'ani pojaan hati dan sanubari.
tidak sampai ke-pengetahuan-nya dengan selamat.
mesti hati kita yang puteh berseh bertukar hitam.
ka-gumbiraan yang bharu ingin di-kechap pasti lenyap.
lebeh pedih jika surat untok-nya itu tidak di-terima.
herot berot tules-an kita tidak di-bacha.


buat-mu,
keadaan sa-olah2 bertambah baek.
tetapi sa-akan2 ada sa-suatu di-sabalek.
takot choma saya yang lebeh2.
tidak sanggup ku-tanggong kechewa.