Tuesday, December 27, 2011

Pendakian ke ketinggian

berdiri sebelah kaki, pasti lenguh kaki yang terangkat. berlumba dengan kelajuan, tak akan dapat. garisan tamat yang tidak wujud dengan garis, berpenghujung seluas mata memandang sejauh kejauhan dan sedalam kedalaman. dalam misi menentang dunia yang menentang sepenuh tentangan dari segala aspek cuba menghalang akan daya mampu tahan.daya yang terhimpit di antara sempitan yang mengapit cuba menghapus akan wujudnya satu perkara abadi yang pasti tidak mati sebelum kematian. dengan tiada istilah ragu, memberi sepelusuk percaya yang jitu kepada pengharapan. akan amat terlukalah jika ditidakkan atau tidak dibalas dengan kesamaan yang tidak seserupa sekalipun. tidak mahu akan kegoyahan dalam keteguhan yang berselindung sebalik tirai pengetahuan cetek yang dirasakan cukup. kerana mustahaknya ia hanya pada satu kalimah setia dan sekelumit percaya. sepenuh hati meyakinkan kemustahilan, seluruh jiwa raga menidakkan hakiki. seorang diri melemah tidak, cuba menewaskan sekawan kekuatan segala mampu.