Monday, March 30, 2009

pelangi petang

ini bukan lagu yang shahriman nyanyi time malam RMC tu,ini cerita pada suatu petang yang damai.

kedamaian pada petang itu tiada siapa yang tahu.meniti hari-hari terakhir di koleq umpama menunggu hukuman gantung.perit dan pedih hanya terbuku dihati ini.[cewahh,ayat sedey la plak]dah2.xnak sedih2.xde r.ni nak bagitau,aritu,kalau x silap aku,hari rabu kowt,xpon hari khamis,or maybe hari jumaat,erm atau isnin,mungkin selasa.hmm.antara tu r.kenape dgn hari tu?ade view terbaek beb.hehe.dalam keindahan alam ketika itu,aku,samedin,dan uncle yang adi ckp pozo.pozo??.menikmati keunikan dan kecantikan panorama yang sememangnya indah bak bidadari tengah posing ala-ala pornstar.fuih.haha.


gambar:terpancutnya pelangi dari rimbunan pokok






gambar:seorang bdien berlari anak tanda keriangan hati nan berbunga.

"kimal,kimal,kimal,kimal"seru bdien."ape?,ape?,kenape?"jawab aku dengan tenang."ambik r gambar aku"katanya lagi."ok sayang"jawabku.haha.lebey kurang r ayat tu.
selain gambar bdien yang tak berape nak macho ni,ade la gambar seorang insan yang berjiwa besar sebesar big school.??


gambar:no comment,memang style.haha

tennis court menjadi saksi segala aksi-aksi dalam paksi-paksi yang mempamerkan keseronokan yang kian basi dengan kehadiran uncle a.k.a bibir.??.




gambar:uncle dengan wajah yang bersinar-sinar dibahagian sulit.

demikianlah kisah pelangi petang yang nak dipaparkan.bukan ape pon.hmm.lawa kan pelangi kat atas bigschool tu??.hmm.

Saturday, March 21, 2009

aku difitnah!

ngehehe..
kisah ini telah menghantui hidupku yang sekian lama dibelenggu fitnah yang dicurahkan
ke atasku diiringi gelak tawa tanpa sebarang belas dari seorang guru yang pernah ku anggap seperti bapaku sendiri.engkaulah insan yang tidak akan kulupa segala pengorbanan semasa hidupmu sehingga hari ini.meskipun kau telah pergi jauh dari hidupku,meninggalkan kehidupan
di bumi yang telah lama kau curahkan khidmat dan keringat sepanjang perjalananmu di sekolah
melayu jalan keretapi.sidang pembaca sekalian,janganlah anda bersedih dahulu kerana pemergian
seorang insan bergelar guru ini bukan sesuatu yang patut kita tangisi.hal ini demikian kerana,beliau telah berpindah sekolah dan bukanlah meninggal dunia.saya sertakan sedikit pembayang bagi diri beliau yang sangat saya cintai.

  • nama bapa beliau ialah encik abd manaf
  • beliau mendapat pendidikan awal di smk clifford kuala kangsar dan$ kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara paling banyak gay,perancis.meskipun begitu,beliau merupakan seorang yang normal.jika saya tidak silap.
  • beliau mengajar bahasa asing iaitu bahasa peranCIS! khatuih!.haha.
  • beliau mempunyai dua orang anak lelaki.yang telah mengikut perangainya sebanyak 90% dan bakal menjadi 100% apabila mencapai akil baligh tidak lama lagi.wah.
  • mempunyai sebuah motosikal yang mempunyai sisi paling besar di sekolah melayu jalan keretapi.berwarna kuning seakan warna payung diraja.haha.
pada tahun 2006,suatu petang yang hening bersama angin sepoi-sepoi language yang mana memang enak jika dibawa berunding dengan bantal kekabu asli untuk bekerjasama bagi mencapai nikmat tidur di waktu petang sambil mengescape training rugby di padang big school.
sebelum itu,aku bersama rakan seperjuanganku yang masih segar dalam ingatanku aizat fathi j.d.s(juga dikenali sebagai)haha,pojak,singgah di dorm6 lahanat untuk meninjau-ninjau keadaan dorm tersebut.kami mendapati ada dua orang budak seorang tebal dan seorang lebar.tak salah lagi yang tebal itu uncle dan yang lebar itu adi."kuang hajar!korang pon escape training ke?aku ingat aku ngan pojak je yang escape."itulah sapaan aku yang sopan kepada dua ekor setan terbabit.lalu adi bertanya kepada pojak."jak,ko isap rokok ke?asal bau kuat je dowh?"lalu pojak menjawab."mane ade".lalu kami pun menyiasat dari mana datangnya bau asap yang seakan-akan bau nicotine ini.hmm,saya dan pojak meneruskan pencarian ke dorm5 kemudian ke dorm4 dan akhir sekali WWWWAAAAAA!!!!

api!api!api!kelihatan lambaian api keluar dari celahan pintu yang tidak tertutup rapat....pintu stor masih tertutup dengan asap hitam berkepul-kepul keluar dari celahan pintu yang tidak tertutup rapat.saya sangat terkejut dan kaku.tiba-tiba suara orang menjerit dari padang hockey melaungkan nama rakan-rakan lain yang dikhuatiri masih tidur atau ada didalam dorm kerana takut kebakaran itu akan merebak lebih dasyat ke arah dorm-dorm bersebelahan.saya yang merupakan orang pertama yang berada dihadapan pintu stor itu hanya mampu tercengang dan kaget melihat api yang melambai lalu saya membayangkan azab kubur dan juga hari akhirat.wahh.jauh betul pemikiranku ketika itu.

secara tiba-tiba,prefect new hostel pada ketika itu amirul rahim yang sangat katik dan tidak berguna datang dengan gelabah memanjat tangga dorm4 walaupun tangga itu boleh dinaiki dengan cara biasa.hmm.pelik??.dia dengan segera mengambil baldi dari dorm4 dan mengosongkannya satu per satu lalu mengisi air di tandas berhampiran.saya hanya memandang telatahnya yang sungguh kelakar menyebabkan saya tidak kering gusi walaupun api semakin marak.disini saya nyatakan punca saya gelak sehingga menitis air mata.haha.

  • ade ke patut,die isi air dalam baldi yang dah pecah kat bawah.bodoh ke bangang.pastu die menggelabah simbah then tepercik ke muke sendiri.
  • dah xberjaye,die baru perasan ade firehose kat situ.lepas banyak baldi pecah,barulah nak tarik2 firehose tu.pastu nak emo2 kat aku sebab aku tengok je.haha.
  • dah tu aku tolong r die angkat firehose tu.kalau x nnt kne confinement.then die bukak paip tuh.PAAAAMMM! yang keluar ape?ade r lime nam titik air karat.hadoi.lawak antarabangse btol la.
  • last2,nak tau ape jadi kat hero sekor ni?...

datanglah seorang jejaka tingkatan lima yang segak bergaya dengan suara yang macho lagi bergaya menghalau hero yang sorang tadi dengan kata-kata berbisa."weyh!blah la!ko nak mati hangus kat sini ke?!cabut r!"lebih kurang begitulah lafaz-lafaz melukakan hati keatas sang amirul yang cuba menyelamatkan keadaan.haha.saya pun terus mengorak langkah setelah menyedari"babi pojak tinggal aku sorang2"

satu batch telah berkumpul dipadang hockey dan beratur mengikut dorm masing-masing.para pemain bola keranjang pada ketika itu diketuai samedin lari litang pukang ke arah padang hockey untuk berkumpul.jaga yang famous,pak bot telah menuggang motosikalnya dengan lajunya kearah pagar belakang dan membukanya untuk laluan bomba.malang baginya,bomba terlebih dahulu datang melalui pintu pagar hadapan.haha.segan.ruggers yang masih bersemangat turun training pulang dengan larian anak ke arah padang hockey lalu beratur mengikut dorm masing-masing.tiba-tiba,kelihatan satu kepala diatas katil di dorm8 seakan-akan sedang baring telang mengharukan suasana.kami tertanya-tanya siapakah gerangan orang yang sedang lena itu.kami menyangka ia adalah abang poi atau epooi yang selalu tidur di dorm ketika waktu bermain.namun setelah diteliti sebaik mungkin,itu adalah jam dinding yang disangkut di hujung katil.haih.kemudian,kami semua menuggu api dipadamkan dengan cemas sambil bergambar.??.memangpun.

rentetan,seorang pelajar telah menjadi suspek atas kejadian itu.beliau adalah,z bin j.wanted pada ketika itu.beliau telah melarikan diri seakan-akan bersalah.beliau telah melakukan pelbagai kesalahan.antaranya,memalsukan dokumen,menyimpan rokok,merokok,pulang tanpa kebenaran,dan sebagainya.beliau adalah suspek utama kes ini.hasil siasatan inspektor sahimi bin mahat,yang juga warden new hostel,para saksi dan juga reporter
telah dirunding untuk dibawa kebalai bagi mendakwa MR.z bin j itu.tapi ia telah terbatal atas sebab-sebab tertentu. haha.

selang beberapa minggu,berbalik kepada guru yang mengajar bahasa perancis tadi,pada suatu hari,semasa temasya olahraga tahunan tahun 2006 diadakan,beliau telah terserempak dengan saya bersama beberapa orang rakan ditepi padang,lalu menegur dengan nada yang menjengkelkan."kemal!kemal!kamu yang membakor stor tu ye?!"saya pun sekilas membalas."mane ade cikgu"lalu beliau berkata lagi"eh kamu,cikgu dengar je stor terbakor,cikgu dah bayang muke kamu dah kat asap tu.jahat benor kamu ye?!"saya terus tidak melayan telatah bodoh beliau itu dan biarkan beliau berlalu pergi.

semenjak hari itu,setiap kali kelas bahasa perancis,beliau akan membahan saya dengan peristiwa bersejarah yang tidak tahu pembakarnya.beliau terus memfitnah saya dan hasilnya,rakan-rakan turut menggelar saya dengan beberapa panggilan yang tercipta:
  • kemal
  • bako
  • le baq
  • david bacco
  • bakari
  • bakar
serta banyak lagi..haih..ribuan terima kasih kepada cikgu badri!

Thursday, March 19, 2009

sebuah perjalanan?

cerita ini benar dan sungguh tidak menarik
serta bosan untuk dibaca oleh orang lain
selain diriku sendiri.hmm

hari sabtu,atau dalam bahasa penjajah saturday,
semuanya bermula di sini.di mana?di sini.di sebuah studio bergelar zai am.setelah selesai sesi
jammin yg sungguh bertenaga lagi menyakitkan anak tekakku untuk melalak mendendangkan lagu-lagu syahdu ciptaan :

kimal: twoinchesmud


kurt cobain: nirvana


loque: butterfingers


keadaan sungguh sunyi dan hanya mengah-mengahan didengari serta pemetik api dipetik dan juga hembusan asap-asap yang mengandungi karbon monoksida disertai pelbagai lagi racun yang boleh menyebabkan kematian seraya dengan amaran kerajaan:


MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN


telah dilepaskan ke ruang udara yang sempit iaitu bilik jammin rm15 di studio zai am yang juga merupakan bilik jammin paling murah pernah aku jumpa dalam tanah melayu ini.peluh menitik dari daguku hingga ke pusatku yang berbulu ramos sedikit telah menimbulkan idea yang berjenama bernas untuk mengembangkan bakat yang sedia ada ini.aku dengan penuh bersemangat serta berdedikasi mencadangkan kepada rakan-rakan seperjuangan:


ahmad kering



adi capang



supaya mencari sebuah gig kecil untuk diperdendangkan lagu-lagu ciptaan sendiri.mereka pun serentak menangis sambil melutut serta mengangkat tangan kehadrat ilahi lalu melafazkan syukur alhamdulillah kerana dikurniakan seorang rakan


yang pandai lagi tampan seperti aku.lantas kami bertiga mencari nama yang sesuai bagi kumpulan kugiran kami.sungguh payah sekali untuk memikirkan nama bagi kugiran ini.secara tiba-tiba,aku dengan sengajanya membuat bentuk 0 dengan asap ku,adi dan kering melihat dengan pegun akan kehebatanku itu lalu timbul idea untuk memberi nama smokey 0 kepada kugiran kami.smokey 0??.hmm.sungguh tidak enak bunyinya.dengan berbekalkan konsep grunge,kami mencari nama yang sesuai buat kugiran yang tidak kurang hebatnya ini.mencari,mencari,mencari,akhirnya kami telah kelewatan untuk pulang ke asrama kerana jam telah menunjukkan pukul 6.30 ptg.

(tempoh untuk keluar ke bandar hanya dari pukul 6.00 pagi hingga 6.00ptg).alamak!!.apakah yang harus kami lakukan?sesungguhnya alamak itu tadi hanyalah palsu kerana kami tidak pernah pulang ke asrama sebelum pukul 6.30 ptg.heh,tanpa berfikir panjang lebar,kami telah melalui pintu belakang,meskipun tiada pintu di laluan belakang.hanya itu satu-satunya cara untuk pulang ke asrama kami.dalam perjalanan yang merumitkan ini,dengan tidak semena-mena,hujan turun rintik-rintik bagaikan

air mata seorang kanak-kanak yang kehilangan aisrim kerana dirampas oleh abangnya.maaf,kanak-kanak di atas tidak mampu mengeluarkan air mata seperti hujan rintik-rintik.kepalaku kusut,otakku kian pening dan lawak-lawak dua orang rakanku ini telah menambah kabur penglihatanku yang sukar untuk ku celik.ah.sungguhpun ia tiada kena-mengena,aku suka untuk menulisnya.teruskan membaca.kemudian kami melalui sebuah lubang yang telah sedia ada di sebuah kawasan yang bergelar lori.walaupun pada hakikatnya lori itu adalah sebuah kenderaan untuk mengangkut barang-barang seperti kelapa sawit serta kayu-kayan dan bukanlah nama yang sesuai bagi sesuatu tempat.tempat itu telah dinamakan lori oleh senior-senior terdahulu yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang kurang memuaskan.untuk pengetahuan anda pada tahun ini aku akan menduduki spm.doakan kejayaan aku dalam menempuh peperiksaan yang amat penting ini.semoga aku berjaya memperoleh sembilan satu A dalam spm.

pembaca-pembaca sekalian, melepasi kawasan ini bukanlah satu halangan yang utama.kemudian perjalanan kami diteruskan dalam hujan yang kiani melebatkan dirinya.sehingga kami mencecah construction area yang berselut dan berlumpur.wah.

bagaikan coklat kinder bueno di bahagian dalam serta toblerone yang dicairkan.begitulah gambaran keadaan jalan yang harus kami tempuhi,lazat bukan?.sungguhpun kami tidak sanggup,namun kami terpaksa menerjah halangan serta laluan berliku yang berlumpur indah itu.kasut sekolah yang sedang kami pakai ketika itu yang juga disponsori oleh mak dan juga bapak kami.namun demikian kami terpaksa meredah laluan berselut itu.semakin lama semakin menebal lumpur yang melekat di bawah tapak kasut kami menyebabkan kami sukar untuk berjalan.hal ini demikian kerana,hipotesis telah mengesahkan: semakin lama kami berjalan,semakin tebal lumpur dibawah tapak kasut kami.

Apakan daya,dua inci lumpur telah melekat dibawah tapak kasut kami,kami hanya mampu berdoa,dan berserah agar kasut kami tidak di telan oleh lumpur-lumpur durjana yang tidak berhati perut itu.akhirnya,kami berjaya sampai ke dormitory masing-masing.sebelum menjejakkan kaki ke dorm kami yang masing-masing mempunyai kriteria tersendiri,kami singgah di tandas bersebelahan dorm 22 yang gemilang.kami membuang encik selut bin lumpur yang sedang berpaut pada kasut sekolah kami itu.setelah selesai semuanya,kami pulang ke dorm masing-masing.