Saturday, June 16, 2012

memotivasi rasa pagi


selamat subuh kepada pagi.
selamat tinggal selimut bersetubuh.



dikala merah meresap rasa marah, teriak menyerah mula mengerah mendekati kalah. lantang yang dulu menjadi kelemahan yang kini, tidak membawa sebarang tenaga yang berkuasa. pada saat hampir terburai segala asa, didokong cita-cita, tali asa itu menebal sendirinya. lalu salutkanlah berlian agar tiada dipotong juga dicalar seentengnya.memang, tiadalah mudah mencipta cita yang jaya, namun masih tiada mustahil mereka jaya yang dicita, berketepatan dengan pendirian, berpaksikan kesungguhan dan berorbitkan keyakinan, maka, mustahil itu akan menjadi akrab dengan kejayaan. jadi, mulakan merosok dengan tangan berjenama gila, meraba, mencari sinambung utuh perlaksanaan. kerana sesungguhnya, adalah wahmi jaya tanpa usaha, juga wahmi usaha tanpa jaya.

Wednesday, June 13, 2012

erti kata pasti

tidak dapat bayangkan rasanya nanti, tidak terfikir akan kesannya nanti, sepecah mana pecahan yang terhempas dan sederas mana teriak sanubari, sepedih mana siat-siatan hati, namun semua rasa ini akan dikisar bersama, ditumbuk selumat mungkin membentuk sebuku pengorbanan.ya, pengorbanan yang tidak akan menimbulkan sebarang rasa kecundang lagikan sekelumit sesal. segagah kesatria yang menggagah, sekuat kekuatan akan berkuat kuasa perjalanan kehidupan secara terus tanpa tolehan. kerana ini pasti yang terakhir, sepastinya dan akan dipastikan.

Sunday, June 10, 2012

sedari tubuh badan


sedari,
kujur tubuh(serta anggota tubuh) ini sebenarnya,
sedang menangis,
barangkali sedang meratap,
boleh jadi, ada,
yang sedang gelisah,
lebih parah,
ada antaranya, menggigil takut,
majoriti anggota sedang menyesal,
akan perilaku yang disengaja,
lutut hingga pusat menderita,
dan deras mengalir padanya,
rasa cuak.
kendatipun begitu,
mata ini samar-samar lihatnya,
suara ini lemah getarnya,
tahu ini menyalahi faham,
dan faham ini menidakkan tahu,
namun itu semua,
salah kita.


segala penerangan ini,
adalah maujud.
dan kasatmata.
terbalikkan kebiasaan,
sebelum mereka(anggota tubuh) membuka mulut,
menikam membuka pekung.

Monday, June 4, 2012

kuasa bukan menguasa


sebagaimana dicanang sekalipun,
lengkap bersenjata kata-kata,
tidakkan patah aura yang mendakap citarasa.
meluruskan yang bengkok,
menjadi penerang deria yang tidak hirau akan kebodohan sejagat.
apalah ria,
jika digenangkan nanah pada mata,
dan apalah duka yang diselit sengihan biadap.
semakin dekat semakin rancak,
semakin hebat meracun fikiran.
kuasa melampaui kesepatutan guna.
tak ubah bagai rubah,
mencuri masuk ke kebun anggur
semoga terpijak jerangkap samar
menutup mulut mematah langkah
para penguasa yang angkuh,
yang berpaling dari yang sepatutnya.