Sunday, February 21, 2010

pembuluh nanah

detapan setiap jari yang menekan papan kekunci, menulis, memerhati tulisan dan luahan kendiri yang hanya dibaca nan ditatap sendiri meski hanya menjanjikan kepuasan hati dan sanubari diri. semenjak azali menceburi karang blog bergelap hati sebegini,tatapan umum juga rasa peduli dari pihak yang terserap semburan dari dalam tulisan bukanlah impian dan pintaan nombor satu daripada rasukan kepingin hati.manusia memerhati gerak geri bagi menangkap gerakan gelisah hati bukan kepalang menyelinap maksud mendalam menutup maki-maki berahi.

pukimak dan babi serta haram jadah mengiringi irama percakapan sopan rakyat masa kini menjanjikan kejutan budaya buat orang lama-lama yang lebih sinonim dengan iringan setan dan bahalul.sikap meluah dan mengalirkan apa sahaja yang terlintas lalu dijernihan saraf-saraf otak memungkinkan gedebik di muka dan kepala pada era globalisasi ini.justeru sinetron rugi bagai anak badak tersembunyi di balik pokok kelapa menjadi satu unsur yang dianggap mitos.nyatanya perubahan pertuturan ala-ala manusia ulung zaman kini menjadi sesuatu yang tidak disedari.

bayangan gambaran curahan esok lusa yang akan muncul tiba mengundang satu tanda soal yang gedi di atas kepala seluruh rakyat malaysia raya yang semakin bergaya dengan slogan shitu malisianun.sepementasan dengan bukaan teraju baru di ufuk timur nanti kita akan terus menjana tenaga menahan nafas sambil berkemut riang agar tidak terlepas luahan yang tidak disenangi jiran-jiran se-keling sekeliling kita.perbicaraan palsu bacaan sendiri ini mungkin menimbulkan rasa hek eleh dalam kalangan orang yang mencari carian ini yang mencair dengan nukilan seksi dan separa bermanfaat umumnya.

akhir kata daripada saya,sang pengarang blog bergelap hati bacaan sendiri,berlegaranlah berlari dalam kayuhan sendiri demi memeluk hibur.

Saturday, February 13, 2010

ஹரி இது

kadar kegembiraan sedikit merudum dan menipis tatkala hari mencecah puncak.pesona kelibat terkadang timbul terkadang tenggelam umpama bermain sorok-sorok tatkala bulan mengganti mentari yang sudah kehabisan stamina menyuluh kelakuan makhluk bumi.burung gagak halimunan kaku bertenggek di atas satu set kelopak mata menjadikan pandangan kurang jelas dan terbinalah wajah batu bermata kuyu.

penat menunggu kucing bertanduk,nampaknya kucing tersebut terlebih dahulu hilang nyawa sama seperti si ayam jantan yang menjadi hidangan makan malam setelah tidak bertelur untuk satu tempoh yang lama.episod seterusnya diramal menjelma dengan ayam jantan dan kucing yang berbeza inkuiri terhadap cuaca yang mendung selalu.seolah-olah ada paip yang terkunci nun di atas sana menghalang curahan hujan ke muka bumi yang dilimpahi noda.

manusia bermata kuyu itupun langsung mengendahkan curahan hujan dan terjun ke gaung puaka di mana keadaan sungguh gelap dan sunyi.seraya berkata "hamba tidak akan muncul lagi,hamba tidak akan mengacau lagi,bukan kerana permaisuri mahupun tuan hamba,tapi kerana hamba sendiri yang terkelana menipu diri sendiri dan berlakon komedi" riwayat hitam itu membelenggu ketidakfahaman terhadap peninggalan yang mempertaruhkan unsur bukan-bukan serta sampah penghayatannya.

p/s ; selamilah kedalaman dalam selaman melampau yang lampau

Tuesday, February 2, 2010

cara baharu

hentakan lesung ke dasar mengusung punah bermaharajalela,sudut dilema terpencil bersuara garau menang dari menuai benih redha keseluruh pancaindra.mengetuk pahat tak berhulu menggunakan penukul tiada daya hanyalah laku dalam keterpaksaan.megadrama kususun rentak halus menyelinap dari segenap inci belakang khabar tiadalah kau nilai akan ia.campuran rasa dan bisa bersama hiba dan lara diadun memuncak kuselit di celahan rahsia.

anggarku inilah suatu cara baharu demi menangkap egoku yang berkeliaran tiada terikat.juga suatu perahan mula-mula untuk arjuna sentiasa berhampiran,walau hanya sebagai bukan siapa-siapa dan menusia yang seakan-akan tidak pernah di rasai kehadirannya.kalau terperasan akan tingkah kelakuan,sungguhku sengaja merobek dada dan berputaran secara menyeluruh dari kedudukan asal menjadi makhluk baharu.

bukanlah entengan oh semua ini,bukanlah saingan yang ingin diberi,hanya secalit kehadiran yang ingin kukongsi selagi hayat dikandung badan sebagai duka peribadi yang mengilhami.sudah kuramal tiada penghargaan juga peduli,namun tekad ini masih segar bercambah saban hari di pekan duniawi bersalingan mendaki ukhrawi.

p/s ; cubaan tingkat kefahaman hanyalah suatu kemudaratan