Thursday, January 30, 2014

Sekutil


Sekutil rasa dari sejelajahan hati ini tiada rasa kisah mahupun rugi, sekutil cuma. Dari segala kesederhanaan rasa sakit yang rangup dan gurih ini sekutil darinya rasa lega dan bersahaja, sekutil cuma. Kerana apa, kerana dalam tubuh badan itu yang dahulunya dan yang sekarang bukanlah identiti yang sama sekutilnya, sekutil cuma. Tidak lari dalamanmu yang kumiliki dahulu sekutilnya, ia tidak beralih tuan mahupun bertukar pemilik. Miliknya sekarang sebuah identiti berbeza seluruhan dari sekutil cuma. Identiti itu objek oknum yang sendiripun tahu bahawa diri dalam keadaan menipu realiti, juga mengarang masa lepas yang palsu dan 'mulia'. Hiduplah identiti itu syakwasangka dengan diri sendiri secara peribadi menutup segala yang mampu dari terdedah, sekalipun dalam ketidak-senang-duduk yang menguasai hadapan masa. Supaya terjaga hubungan 'suci murni' yang berhaluan 'baik' sekutilnya.meski saban hari mengeluh dan merasa sedih berbaur gembira, mencuba-lupa yang tak dapat, gelak tawa nan sementara. Sebelum tidur yang mengguris dan kepastian yang belum serta takut rasa kehilangan. Gundah gulana yang bergelora. Kerana atas akuanmu dan kepastianku, dalam dirimu itu sebahagian besarnya diriku dan tiadalah hari ini buatmu tanpa diriku. Sampai kiamat kan melekat dibenakmu, sampai bilapun kan kau gagal lari dari hakikat yang sedia kau tahu. Sesungguhnya engkau dalam kerugian. Sekutil darinya