Tuesday, June 30, 2009

oh PLKN ohh.

bwat semua yang bakal menyertai
program idaman semua,
program latihan khidmat negara,
khidmat anda amat diperlukan.kih3


program perah keringat buat nusa.

jauh renungan tampak igauan,
onak sedalam hasrat keruan,
gelaran gondol tiadalah mahu,
kerana nusa terurailah rambut.

fikirkan nasib jadinya lesu,
lalu terimanya tiada terdaya,
senyuman nan palsu terlemparan,
lubuknya hati tak siapa tahu.

tidak,oh tidak,oh tidak,
plkn perlulah kutidakkan,
akan hendaknya ditentukan,
lekas bersedia hadapi dugaan.

keringat muda pastilah bersih,
penuh bangga lontarkan khidmat,
tanda utuh dengan semangat,
swasia wira negara bangsa!

haha,tahniah buat anda.
p/s: takdir tuhan tiada yang duga.

Saturday, June 27, 2009

suria

suria muncul dipagi hari,
kita bangun sederap kaki,
menara bangsa akan kita bina,
perkasa tiada rebah lagi,
mentari sudah ada di sini,
pasti bersinar seribu tahun lagi,
biar berhembus angin sangkakala,
malam pasti tiada datang,
kita sudah tiada perlu tidur,
kerna mimpi ada didepan mata,
embun jernih mengganti keringat,
bersinar bagai mutiara,
rimba akan terus hijau,
unggas riang ria berkicau,
air jernih meriak di kali,
udara nyaman tenang dirongga,
darah kembali berharga,
merah,buat penyeri muka,
embun jernih meniti di pipi,
kasih sayang jadi milik semua,
kita bebas terbang laksana burung,
terikat hanya di tali cinta.

suria,after inspection
2005

Friday, June 12, 2009

raksasa sastera semasa!

pada perasaan saya,saya rasa saya terasa sasa yang rasa-rasanya kurang selesa
apabila saya rasa ada perasaan yang saya telah terbiasa merasakannya telah
membiasakan saya supaya merasa biasa sahaja.saya terbiasa berpuasa pada hari selasa bersamaan lusa bersama musa kerana saya rasa selesa seperti biasa merasakannya tidak membuat saya rasa tersiksa selain saya merasa satu rasa yang sangat berperisa iaitu rasa puas berpuasa setelah mendapat pahala yang luas seluas alam semesta bersama rasa lengkuas hasil berbuka puasa masih pedih terasa bisa.saya rasa saya sedang rasa selesa kerana rasa-rasanya saya merasa saya akan menceritakan sebuah cerita seru serak suara raksasa.seekor raksasa yang saya rasa bernama 'raksasa Sastera'.raksasa ini tergesa-gesa sahaja pada setiap masa terutamanya pada hari selasa jika tidak salah.semasa raksasa yang bernama Sastera ini sedang bersiar-siar sepanjang sentosanya selingkungan sungai semesta,raksasa yang bernama Sastera dengan tidak semena-mena telah menegur seekor raksasa lain.raksasa lain sering sahaja segan dan siksa untuk menyahut semua saranan dan sapaan sang Sastera.jangan anda sangka bahawa
raksasa yang ditegur oleh sang Sastera sukar diajak bertegur sapa cuma kerana raksasa itu
tidak menyahut sapaan sang Sastera.sebenarnya dia tersiksa dan merasa sangat kesal
dan sedih setelah disapa oleh sang Sastera kerana sejurus sapaan sang Sastera,seluruh
persekitaran sepanjang selingkungan sungai semesta pasti tidak memberi keselesaan
kepada raksasa-raksasa setelah bau halia keluar dari mulut sang Sastera.kesimpulannya,
semasa bersiar-siar,setiap manusia mahupun raksasa seharusnya merasa selesa serta
sentiasa menjauhi perasaan kurang selesa dan saya sarankan anda semua seharusnya sentiasa membiasakan diri supaya tidak terlepas dari melafazkan kata-kata sapaan kepada sesiapa sahaja yang berhampiran.

sekian sahaja daripada saya yang sentiasa merasa tidak selesa untuk membuat anda semua
rasa kurang selesa dangan sastera saya tentang seekor raksasa bernama Sastera.

maaf,saya tidak sengaja.

p/s: sesi melembutkan lidah.

Tuesday, June 9, 2009

rasa bkn nikmat

setelah sehari tanpa tidur,akhirnya saya berjaya untuk tidur walaupun untuk 4 minit 12 saat.
sekilas saya bangun dari katil yang empuk dan menggoda naluri saya untuk tidur kembali saya
terus menggapai sebuah alat untuk melempiaskan kebosanan dari lubuk hati yang tulus ini.
ya,itu dia laptop dan bukan sekadar itu,ia mempunyai huruf yang amat banyak di dalamnya.
huruf-huruf ini meminta saya untuk menekannya dan membentuk sebuah luahan dalam bentuk penceritaan keatas skrin yang terbentang didepan mata saya yang sudah merah seperti saga.
merah itu darah rakyat bak kata pemimpin dahulu kala.nukilan saya ini tiada kena mahupun mengena dengan darah rakyat malah ini bertujuan sebagai neraca untuk mengadili dan menimbang kesedaran masyarakat majmuk dan berbilang bangsa tentang kekejaman dan
ketidak perikemanusiaan perogol-perogol bersiri mahupun selari.seakan litar pintas pula.
  1. adakah anda tahu bahawa kena rogol atau dicabul hak dan kewanitaan itu sangat memeritkan dan amat tidak menyelesakan?oh tidak sama sekali.anda sudah tentu belum arif mengenainya,malahan en.arif belum pasti tahu tentang perihal ini.
  2. bagaimanakah saya dapat tahu mengenai perihal ini?dan seligat manakah pengetahuan saya mengenai fasal yang bakal saya terangkan kepada kalian?ini semua telah dibisikkan oleh pengalaman dari kehidupan sehari-hari yang saya dan anda tempuhi sebagai makhluk tuhan yang lemah.
  3. sakit atau perit apabila dirogol?tidakkah perkara yang menyentuh kedasar kemaluan dan kelucahan itu suatu nikmat?kenapa apabila dirogol dan dicabul,ia menjadi satu perkara yang sangat bertentangan dengan nikmat yang patut kita kecapi seperti awal pemikiran kita tentang fasal yang terusul pada dahulunya?

perkara yang pertama harus anda fikirkan ialah perasaan dan juga maruah yang tercabar.
perkara ini akan saya gambarkan dalam satu contoh yang cukup jelas dan mutakhir:

di satu malam yang hening,anda seperti biasa telah pulang dari kerja
dan melalui satu lorong yang gelap dan menyeramkan, anda dengan tidak tenang
telah meraba-raba bahagian atas baju anda untuk memastikan yang ia tidak dijajah
dengan sewenangnya tanpa keizinan anda.secara tiba-tiba seorang manusia
yang tidak anda kenali telah
dengan sengaja mengoyakkan pakaian anda dan
meraba serta mencabul kehormatan anda sekaligus merogol anda di situ juga.
anda pasti marah,bengang,dan benci dengan kejadian itu.

bandingkan:

di satu malam yang hening,anda seperti biasa telah pulang dari kerja
dan melalui satu lorong yang gelap dan menyeramkan, anda dengan tidak tenang
telah meraba-raba hidung anda yang tidak selesa serta gatal namun anda malu
untuk mengoreknya kerana bimbang dilihat orang dan jatuh saham.secara tiba-tiba
seorang manusia yang tidak anda kenali telah dengan sengaja datang dan
mengorek hidung anda tanpa keizinan anda yang sedang keletihan
disitu juga.
anda pasti marah,bengang dan benci dengan kejadian itu.

pasti anda dapat membayangkan perasaan ini.
p/s : tidak lain dan tidak bukan.bosan.

Sunday, June 7, 2009

kepala radio (radiohead)

as we all know,if u know laa,radiohead is a very unique band with their own style of music
and singing.one of the greatest band ever.the mumbling style of singing is superb!.
for me,ahhh.ssh sgt ckp org putih nih.bagi aku,radiohead nye videoklip
smue style dowh.serius beb.bagi aku laa,lantak aku laa kan.peduli ape korang.
tapi aku nk share satu videoklip diorang nih.pergh.
motion sickness beb.tgk r if korang nk tgk.style thp mega kowt.bg aku r.
tajuk lagu nih street spirit(fade out).memang memuaskan.




p/s : thom yorke is fucking brilliant

loque cuba menghampirinya.
listenlahh.

Monday, June 1, 2009

jika aku seorang robot

jika ku seorang robot
tak perlu ade tambang
kawan2 semua robot
25 jam sehari
8 hari seminggu
jika ku seorang robot
nombor2 darahku
tak perlu ada komplot
besi logam dagingku
jasadku import export
menyeliti lebuhraya
mengelilingi angkasa
jika ku seorang robot

monoloque seorang loque
meaningful beb.
listenkan lah.