Tuesday, June 9, 2009

rasa bkn nikmat

setelah sehari tanpa tidur,akhirnya saya berjaya untuk tidur walaupun untuk 4 minit 12 saat.
sekilas saya bangun dari katil yang empuk dan menggoda naluri saya untuk tidur kembali saya
terus menggapai sebuah alat untuk melempiaskan kebosanan dari lubuk hati yang tulus ini.
ya,itu dia laptop dan bukan sekadar itu,ia mempunyai huruf yang amat banyak di dalamnya.
huruf-huruf ini meminta saya untuk menekannya dan membentuk sebuah luahan dalam bentuk penceritaan keatas skrin yang terbentang didepan mata saya yang sudah merah seperti saga.
merah itu darah rakyat bak kata pemimpin dahulu kala.nukilan saya ini tiada kena mahupun mengena dengan darah rakyat malah ini bertujuan sebagai neraca untuk mengadili dan menimbang kesedaran masyarakat majmuk dan berbilang bangsa tentang kekejaman dan
ketidak perikemanusiaan perogol-perogol bersiri mahupun selari.seakan litar pintas pula.
  1. adakah anda tahu bahawa kena rogol atau dicabul hak dan kewanitaan itu sangat memeritkan dan amat tidak menyelesakan?oh tidak sama sekali.anda sudah tentu belum arif mengenainya,malahan en.arif belum pasti tahu tentang perihal ini.
  2. bagaimanakah saya dapat tahu mengenai perihal ini?dan seligat manakah pengetahuan saya mengenai fasal yang bakal saya terangkan kepada kalian?ini semua telah dibisikkan oleh pengalaman dari kehidupan sehari-hari yang saya dan anda tempuhi sebagai makhluk tuhan yang lemah.
  3. sakit atau perit apabila dirogol?tidakkah perkara yang menyentuh kedasar kemaluan dan kelucahan itu suatu nikmat?kenapa apabila dirogol dan dicabul,ia menjadi satu perkara yang sangat bertentangan dengan nikmat yang patut kita kecapi seperti awal pemikiran kita tentang fasal yang terusul pada dahulunya?

perkara yang pertama harus anda fikirkan ialah perasaan dan juga maruah yang tercabar.
perkara ini akan saya gambarkan dalam satu contoh yang cukup jelas dan mutakhir:

di satu malam yang hening,anda seperti biasa telah pulang dari kerja
dan melalui satu lorong yang gelap dan menyeramkan, anda dengan tidak tenang
telah meraba-raba bahagian atas baju anda untuk memastikan yang ia tidak dijajah
dengan sewenangnya tanpa keizinan anda.secara tiba-tiba seorang manusia
yang tidak anda kenali telah
dengan sengaja mengoyakkan pakaian anda dan
meraba serta mencabul kehormatan anda sekaligus merogol anda di situ juga.
anda pasti marah,bengang,dan benci dengan kejadian itu.

bandingkan:

di satu malam yang hening,anda seperti biasa telah pulang dari kerja
dan melalui satu lorong yang gelap dan menyeramkan, anda dengan tidak tenang
telah meraba-raba hidung anda yang tidak selesa serta gatal namun anda malu
untuk mengoreknya kerana bimbang dilihat orang dan jatuh saham.secara tiba-tiba
seorang manusia yang tidak anda kenali telah dengan sengaja datang dan
mengorek hidung anda tanpa keizinan anda yang sedang keletihan
disitu juga.
anda pasti marah,bengang dan benci dengan kejadian itu.

pasti anda dapat membayangkan perasaan ini.
p/s : tidak lain dan tidak bukan.bosan.

5 comments: