Thursday, March 19, 2009

sebuah perjalanan?

cerita ini benar dan sungguh tidak menarik
serta bosan untuk dibaca oleh orang lain
selain diriku sendiri.hmm

hari sabtu,atau dalam bahasa penjajah saturday,
semuanya bermula di sini.di mana?di sini.di sebuah studio bergelar zai am.setelah selesai sesi
jammin yg sungguh bertenaga lagi menyakitkan anak tekakku untuk melalak mendendangkan lagu-lagu syahdu ciptaan :

kimal: twoinchesmud


kurt cobain: nirvana


loque: butterfingers


keadaan sungguh sunyi dan hanya mengah-mengahan didengari serta pemetik api dipetik dan juga hembusan asap-asap yang mengandungi karbon monoksida disertai pelbagai lagi racun yang boleh menyebabkan kematian seraya dengan amaran kerajaan:


MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN


telah dilepaskan ke ruang udara yang sempit iaitu bilik jammin rm15 di studio zai am yang juga merupakan bilik jammin paling murah pernah aku jumpa dalam tanah melayu ini.peluh menitik dari daguku hingga ke pusatku yang berbulu ramos sedikit telah menimbulkan idea yang berjenama bernas untuk mengembangkan bakat yang sedia ada ini.aku dengan penuh bersemangat serta berdedikasi mencadangkan kepada rakan-rakan seperjuangan:


ahmad kering



adi capang



supaya mencari sebuah gig kecil untuk diperdendangkan lagu-lagu ciptaan sendiri.mereka pun serentak menangis sambil melutut serta mengangkat tangan kehadrat ilahi lalu melafazkan syukur alhamdulillah kerana dikurniakan seorang rakan


yang pandai lagi tampan seperti aku.lantas kami bertiga mencari nama yang sesuai bagi kumpulan kugiran kami.sungguh payah sekali untuk memikirkan nama bagi kugiran ini.secara tiba-tiba,aku dengan sengajanya membuat bentuk 0 dengan asap ku,adi dan kering melihat dengan pegun akan kehebatanku itu lalu timbul idea untuk memberi nama smokey 0 kepada kugiran kami.smokey 0??.hmm.sungguh tidak enak bunyinya.dengan berbekalkan konsep grunge,kami mencari nama yang sesuai buat kugiran yang tidak kurang hebatnya ini.mencari,mencari,mencari,akhirnya kami telah kelewatan untuk pulang ke asrama kerana jam telah menunjukkan pukul 6.30 ptg.

(tempoh untuk keluar ke bandar hanya dari pukul 6.00 pagi hingga 6.00ptg).alamak!!.apakah yang harus kami lakukan?sesungguhnya alamak itu tadi hanyalah palsu kerana kami tidak pernah pulang ke asrama sebelum pukul 6.30 ptg.heh,tanpa berfikir panjang lebar,kami telah melalui pintu belakang,meskipun tiada pintu di laluan belakang.hanya itu satu-satunya cara untuk pulang ke asrama kami.dalam perjalanan yang merumitkan ini,dengan tidak semena-mena,hujan turun rintik-rintik bagaikan

air mata seorang kanak-kanak yang kehilangan aisrim kerana dirampas oleh abangnya.maaf,kanak-kanak di atas tidak mampu mengeluarkan air mata seperti hujan rintik-rintik.kepalaku kusut,otakku kian pening dan lawak-lawak dua orang rakanku ini telah menambah kabur penglihatanku yang sukar untuk ku celik.ah.sungguhpun ia tiada kena-mengena,aku suka untuk menulisnya.teruskan membaca.kemudian kami melalui sebuah lubang yang telah sedia ada di sebuah kawasan yang bergelar lori.walaupun pada hakikatnya lori itu adalah sebuah kenderaan untuk mengangkut barang-barang seperti kelapa sawit serta kayu-kayan dan bukanlah nama yang sesuai bagi sesuatu tempat.tempat itu telah dinamakan lori oleh senior-senior terdahulu yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang kurang memuaskan.untuk pengetahuan anda pada tahun ini aku akan menduduki spm.doakan kejayaan aku dalam menempuh peperiksaan yang amat penting ini.semoga aku berjaya memperoleh sembilan satu A dalam spm.

pembaca-pembaca sekalian, melepasi kawasan ini bukanlah satu halangan yang utama.kemudian perjalanan kami diteruskan dalam hujan yang kiani melebatkan dirinya.sehingga kami mencecah construction area yang berselut dan berlumpur.wah.

bagaikan coklat kinder bueno di bahagian dalam serta toblerone yang dicairkan.begitulah gambaran keadaan jalan yang harus kami tempuhi,lazat bukan?.sungguhpun kami tidak sanggup,namun kami terpaksa menerjah halangan serta laluan berliku yang berlumpur indah itu.kasut sekolah yang sedang kami pakai ketika itu yang juga disponsori oleh mak dan juga bapak kami.namun demikian kami terpaksa meredah laluan berselut itu.semakin lama semakin menebal lumpur yang melekat di bawah tapak kasut kami menyebabkan kami sukar untuk berjalan.hal ini demikian kerana,hipotesis telah mengesahkan: semakin lama kami berjalan,semakin tebal lumpur dibawah tapak kasut kami.

Apakan daya,dua inci lumpur telah melekat dibawah tapak kasut kami,kami hanya mampu berdoa,dan berserah agar kasut kami tidak di telan oleh lumpur-lumpur durjana yang tidak berhati perut itu.akhirnya,kami berjaya sampai ke dormitory masing-masing.sebelum menjejakkan kaki ke dorm kami yang masing-masing mempunyai kriteria tersendiri,kami singgah di tandas bersebelahan dorm 22 yang gemilang.kami membuang encik selut bin lumpur yang sedang berpaut pada kasut sekolah kami itu.setelah selesai semuanya,kami pulang ke dorm masing-masing.

4 comments: