Saturday, March 21, 2009

aku difitnah!

ngehehe..
kisah ini telah menghantui hidupku yang sekian lama dibelenggu fitnah yang dicurahkan
ke atasku diiringi gelak tawa tanpa sebarang belas dari seorang guru yang pernah ku anggap seperti bapaku sendiri.engkaulah insan yang tidak akan kulupa segala pengorbanan semasa hidupmu sehingga hari ini.meskipun kau telah pergi jauh dari hidupku,meninggalkan kehidupan
di bumi yang telah lama kau curahkan khidmat dan keringat sepanjang perjalananmu di sekolah
melayu jalan keretapi.sidang pembaca sekalian,janganlah anda bersedih dahulu kerana pemergian
seorang insan bergelar guru ini bukan sesuatu yang patut kita tangisi.hal ini demikian kerana,beliau telah berpindah sekolah dan bukanlah meninggal dunia.saya sertakan sedikit pembayang bagi diri beliau yang sangat saya cintai.

  • nama bapa beliau ialah encik abd manaf
  • beliau mendapat pendidikan awal di smk clifford kuala kangsar dan$ kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara paling banyak gay,perancis.meskipun begitu,beliau merupakan seorang yang normal.jika saya tidak silap.
  • beliau mengajar bahasa asing iaitu bahasa peranCIS! khatuih!.haha.
  • beliau mempunyai dua orang anak lelaki.yang telah mengikut perangainya sebanyak 90% dan bakal menjadi 100% apabila mencapai akil baligh tidak lama lagi.wah.
  • mempunyai sebuah motosikal yang mempunyai sisi paling besar di sekolah melayu jalan keretapi.berwarna kuning seakan warna payung diraja.haha.
pada tahun 2006,suatu petang yang hening bersama angin sepoi-sepoi language yang mana memang enak jika dibawa berunding dengan bantal kekabu asli untuk bekerjasama bagi mencapai nikmat tidur di waktu petang sambil mengescape training rugby di padang big school.
sebelum itu,aku bersama rakan seperjuanganku yang masih segar dalam ingatanku aizat fathi j.d.s(juga dikenali sebagai)haha,pojak,singgah di dorm6 lahanat untuk meninjau-ninjau keadaan dorm tersebut.kami mendapati ada dua orang budak seorang tebal dan seorang lebar.tak salah lagi yang tebal itu uncle dan yang lebar itu adi."kuang hajar!korang pon escape training ke?aku ingat aku ngan pojak je yang escape."itulah sapaan aku yang sopan kepada dua ekor setan terbabit.lalu adi bertanya kepada pojak."jak,ko isap rokok ke?asal bau kuat je dowh?"lalu pojak menjawab."mane ade".lalu kami pun menyiasat dari mana datangnya bau asap yang seakan-akan bau nicotine ini.hmm,saya dan pojak meneruskan pencarian ke dorm5 kemudian ke dorm4 dan akhir sekali WWWWAAAAAA!!!!

api!api!api!kelihatan lambaian api keluar dari celahan pintu yang tidak tertutup rapat....pintu stor masih tertutup dengan asap hitam berkepul-kepul keluar dari celahan pintu yang tidak tertutup rapat.saya sangat terkejut dan kaku.tiba-tiba suara orang menjerit dari padang hockey melaungkan nama rakan-rakan lain yang dikhuatiri masih tidur atau ada didalam dorm kerana takut kebakaran itu akan merebak lebih dasyat ke arah dorm-dorm bersebelahan.saya yang merupakan orang pertama yang berada dihadapan pintu stor itu hanya mampu tercengang dan kaget melihat api yang melambai lalu saya membayangkan azab kubur dan juga hari akhirat.wahh.jauh betul pemikiranku ketika itu.

secara tiba-tiba,prefect new hostel pada ketika itu amirul rahim yang sangat katik dan tidak berguna datang dengan gelabah memanjat tangga dorm4 walaupun tangga itu boleh dinaiki dengan cara biasa.hmm.pelik??.dia dengan segera mengambil baldi dari dorm4 dan mengosongkannya satu per satu lalu mengisi air di tandas berhampiran.saya hanya memandang telatahnya yang sungguh kelakar menyebabkan saya tidak kering gusi walaupun api semakin marak.disini saya nyatakan punca saya gelak sehingga menitis air mata.haha.

  • ade ke patut,die isi air dalam baldi yang dah pecah kat bawah.bodoh ke bangang.pastu die menggelabah simbah then tepercik ke muke sendiri.
  • dah xberjaye,die baru perasan ade firehose kat situ.lepas banyak baldi pecah,barulah nak tarik2 firehose tu.pastu nak emo2 kat aku sebab aku tengok je.haha.
  • dah tu aku tolong r die angkat firehose tu.kalau x nnt kne confinement.then die bukak paip tuh.PAAAAMMM! yang keluar ape?ade r lime nam titik air karat.hadoi.lawak antarabangse btol la.
  • last2,nak tau ape jadi kat hero sekor ni?...

datanglah seorang jejaka tingkatan lima yang segak bergaya dengan suara yang macho lagi bergaya menghalau hero yang sorang tadi dengan kata-kata berbisa."weyh!blah la!ko nak mati hangus kat sini ke?!cabut r!"lebih kurang begitulah lafaz-lafaz melukakan hati keatas sang amirul yang cuba menyelamatkan keadaan.haha.saya pun terus mengorak langkah setelah menyedari"babi pojak tinggal aku sorang2"

satu batch telah berkumpul dipadang hockey dan beratur mengikut dorm masing-masing.para pemain bola keranjang pada ketika itu diketuai samedin lari litang pukang ke arah padang hockey untuk berkumpul.jaga yang famous,pak bot telah menuggang motosikalnya dengan lajunya kearah pagar belakang dan membukanya untuk laluan bomba.malang baginya,bomba terlebih dahulu datang melalui pintu pagar hadapan.haha.segan.ruggers yang masih bersemangat turun training pulang dengan larian anak ke arah padang hockey lalu beratur mengikut dorm masing-masing.tiba-tiba,kelihatan satu kepala diatas katil di dorm8 seakan-akan sedang baring telang mengharukan suasana.kami tertanya-tanya siapakah gerangan orang yang sedang lena itu.kami menyangka ia adalah abang poi atau epooi yang selalu tidur di dorm ketika waktu bermain.namun setelah diteliti sebaik mungkin,itu adalah jam dinding yang disangkut di hujung katil.haih.kemudian,kami semua menuggu api dipadamkan dengan cemas sambil bergambar.??.memangpun.

rentetan,seorang pelajar telah menjadi suspek atas kejadian itu.beliau adalah,z bin j.wanted pada ketika itu.beliau telah melarikan diri seakan-akan bersalah.beliau telah melakukan pelbagai kesalahan.antaranya,memalsukan dokumen,menyimpan rokok,merokok,pulang tanpa kebenaran,dan sebagainya.beliau adalah suspek utama kes ini.hasil siasatan inspektor sahimi bin mahat,yang juga warden new hostel,para saksi dan juga reporter
telah dirunding untuk dibawa kebalai bagi mendakwa MR.z bin j itu.tapi ia telah terbatal atas sebab-sebab tertentu. haha.

selang beberapa minggu,berbalik kepada guru yang mengajar bahasa perancis tadi,pada suatu hari,semasa temasya olahraga tahunan tahun 2006 diadakan,beliau telah terserempak dengan saya bersama beberapa orang rakan ditepi padang,lalu menegur dengan nada yang menjengkelkan."kemal!kemal!kamu yang membakor stor tu ye?!"saya pun sekilas membalas."mane ade cikgu"lalu beliau berkata lagi"eh kamu,cikgu dengar je stor terbakor,cikgu dah bayang muke kamu dah kat asap tu.jahat benor kamu ye?!"saya terus tidak melayan telatah bodoh beliau itu dan biarkan beliau berlalu pergi.

semenjak hari itu,setiap kali kelas bahasa perancis,beliau akan membahan saya dengan peristiwa bersejarah yang tidak tahu pembakarnya.beliau terus memfitnah saya dan hasilnya,rakan-rakan turut menggelar saya dengan beberapa panggilan yang tercipta:
  • kemal
  • bako
  • le baq
  • david bacco
  • bakari
  • bakar
serta banyak lagi..haih..ribuan terima kasih kepada cikgu badri!

4 comments:

  1. haha. badri. biase la tu. pasrah je la.
    =)

    ReplyDelete
  2. rindu bodo mat gay tu.
    cikgu paling supporting kot.
    sport pape je on. lancar je.

    ReplyDelete
  3. melekat lagi le kan sume 2 kan? hahaha

    ReplyDelete
  4. bagos gak stor tu tebako..,
    at least de sumtink utk kita igt tyme f2..,
    haha..,

    ReplyDelete