Sunday, April 20, 2014

Apa khabar, kehidupan


Apa khabar kehidupan,
masihkah engkau punya gembira untuk dihidang kepadaku?
kerana deritaku kurang pasti tentang bahagia,
dan angin sunyi kerap membisik-bisik ditelinga ku.


Kalaupun ada hidangan yang masih kau sembunyi,
wahai kehidupan, ijinkan aku menempahnya.
Sebagaimana cantik dan bau wangi, yang menghiasi silamku.
inginku bermandi dengan senyuman, oh kehidupan.


Permohonanku ini, bukan pasrah berbaur kecewa.
Ianya cuma kemut-kemut sakit dalam hati,
Yang berjaya ku-geledah keluar menjadi luah.
Dan dalam pada itu, ku ukir ia menjadi doa.


Semoga kita terus bersama wahai kehidupan,
sehingga segala jaya ku capai dengan warna-warna terbang,
Dan saat kita bercerai nanti,
Aku telah kau lengkapkan dengan cukup senjata,
Yang berjenama amal, juga sedekah.

2 comments: