Thursday, August 18, 2011

pelepasan lepas

sekencang angin pantai yang berang, adakah sepedih tusukan lagenda taming sari, adakah seperit tercekik semprit dan adakah sesakit melahirkan anak.jangkaan rasa itu meleset sekali, belum sampai tahap tertinggi lagi sudah tergendala sakit perit pedih dan sembiluan ini, dalam kepincangan pendirian masih boleh berdiri tegak dan segak menyusun fail fail yang tak dikemuka kepada pembalikan wajah nun di dalam cermin yang masih lupa menutup nganga dan alpa dari menjatuhkan dongak dagu untuk memandang jauh ke hamparan kenyataan yang luas, apakah kurnia intuisi di salah guna dan tak difahamkan ertinya sehingga madah pun jadi bersepah, hidup menjadi penidak kepada penghidupan dan bibit lesu mula bersekongkol dengan ragam yang sepatutnya normal. ini bukan wayang yang mana permulaan dan pengakhiran boleh ditetapkan atas satu ketetapan yang selalunya temberang. haruslah dikemam gula gula pahit dalam selimut lidah biar terasa kelat supaya tersentak dari buaian manis manisan celaka kerana sesungguhnya kita tidak memerlukan apa yang kita katakan perlu, sebaliknya kita lebih memerlukan apa yang sering kali kita jauhkan demi 'keperluan' yang tidak perlu sebetulnya. ya, sebetulnya begitu. cubaan bangun dari separuh mati adalah sukar untuk dilaksana kerana kebergantungan lama masih bersenggama dengan kebiasaan kehidupan hari hari mengundang luluh hati dan keruntuhan yakin diri. dan dalam jangka itulah, sesedar sedar pemikiran berfikir akan pengorbanan yang besar harus di ambil, menjadikan matlamat hidup orang yang di sayang sebagai suatu yang lebih penting berbanding tuntutan ronta hati sendiri. kerana itulah yang terbaik dan terbagus untuk memperoleh kebaikan dan kebagusan mengharap gugusan dosa yang tahu juga yang tidak ketahuan melenyap dari membalut hitam hati pendosa. ratusan ringgit melayang menjadi simbolik pecah segala harapan dan lunyai ketegapan yang dirasakan cukup tegap. cukuplah sampai disini pengejaran yang gila luar dan dalam, penantian yang seksa membaham semangat, dan pengharapan yang tertiarap dek permasalahan. meskipun begitu, tidaklah mampu kita melangkah melarikan diri dari setiap ketentuan ilahi kerana apabila dikatakan jadi,maka jadilah ia. itu yang pasti.

p/s : merapu dalam sedar akan sebuah hakikat yang sedang di telan tanpa sebarang kunyahan. bermuhasabah lah.

No comments:

Post a Comment