Tuesday, May 18, 2010

hikayat pendosa

minggu yang lalu berlalu membawa berbagai-bagai corak nan pelbagai di atas kosong kain aku disertai warna-warna yang warni mewarnai putih kain kosongku.warna yang kumaksudkan adalah kejut-kejut yang diterima olehku dalam masa tujuh hari kebelakang bermula hari ini iaitu hari yang statik dan tiada lainnya seperti hari-hari yang memberiku penat yang meletihkan dalam mengerjakan bunyi-bunyian,menyumbang suara sumbang,menulis lirik,meningkatkan kepeningan,dan membuahkan karya.

aku sama sekali hairan akan satu malam bilamana aku bermimpi akan arwah ikhwanul ashraf iaitu bedmeto aku yang aku sayangi(al-fatihah).mimpi yang bermula dari rumah maram bukan nama sebenar,di situ aku,adi,maram dan arwah dibawa oleh ayah maram menaiki motokar perdana beliau ke rumah arwah.waktu adalah siang dan cuaca adalah panas,mungkin tengahari.setibanya di rumah kami berempat turun dan masuk ke rumah arwah untuk mandi.agak pelik,arwah turun dari tingkat atas dan mengajak naik ke tingkat atas kami yang baru selesai mandi.muka arwah agak serius ketika itu dan mula gelak apabila adi membuat satu lawak jenaka.setibanya di tingkat atas,kami bermain ps2/xbox 360 bergilir-gilir diiringi gelak tawa seperti dahulu kala.tiada apa-apa lagi didalam memoriku selepas dari itu.

buat pengetahuan umum,pabila aku mendengar saorang demi saorang bermimpi tentang arwah,terus terang timbul rasa curiga beserta ayat berikut, "ye ye je,semua nak mimpi.sorang mimpi abes semua nk mimpi.haish,tak elok buat main mende mcm ni" nyata sekali semua orang jujur(aku rasa lah) setelah mimpi ini berlaku,aku mengharapkan kesejahteraan dan kesenangan arwah di sana.kami semua akan menyusul selepas ini,mungkin tidak lama lagi.

dalam tempoh tujuh hari itu juga lah,alhamdulillah,aku telah ditawarkan untuk menerima biasiswa yayasan pelajaran mara bagi program Japanese Associate Degree.aku hanya diberi kurang satu jam untuk berfikir.setelah meminta pendapat daripada beberapa orang profasional dalam bidang kehidupan,aku akhirnya menerima dengan berat hati atas beberapa alasan. pertama,berdepan masalah untuk belajar bahasa jepun,seperti yang dimaklumkan semua subjek dan buku-buku pelajaran adalah dalam bahasa jepun.jadi ini satu perkara yang membebankan.kedua,selepas tiga tahun yang menyusahkan barulah dihantar ke jepun untuk menunaikan ijazah sarjana muda atau degree.harus menyiapkan diploma di malaysia terlebih dahulu,adalah satu perkara yang boleh membawa kepada keresahan.tambahan pula tempoh menjadi pelajar akan menjadi lima tahun yang memeningkan.ketiga,mengharapkan JPA yang akan memberi biasiswa kerana mungkin negara yang ditawarkan adalah di sekitar eropah atau negara yang tidak memerlukan aku untuk belajar bahasa mereka dan persediaan yang lebih singkat untuk terus membuat degree agar usia tidak terbazir begitu sahaja.akhir sekali sebagai alternatif lain sekiranya tidak mendapat biasiswa JPA.moga-moga dapat.

dalam masa tujuh hari tersebut dua perkara ini adalah yang terbaik atau mungkin yang paling menarik dan berguna untuk kita merenung sambil memuhasabah diri yang kotor dan hina pada masa yang sama berfikir akan usia yang singkat dan umur yang semakin tua juga dosa yang kian membukit walhal amal masih sedikit cuma.

p/s ;bahasa melayu yang biasa-biasa memberi mudah namun membawa lari puas.

No comments:

Post a Comment