Sunday, July 12, 2009

problem masalah

AAHHhh,tidak!!jangan!!tolong berhenti!!sudahlah!cukup!berhenti lah dungu!masalah betul lah kau ni zaidi,takkan perkara yang sekecil itu pun engkau tak dapat nak muhasabah dan fikir dengan menggunakan akal.aku sangat kecewa dengan prestasi yang engkau taburkan sebentar tadi.hati aku hancur bagai kaca dihempas ke batu.mana tidaknya,aku menaruh harapan yang menggunung kepada engkau bagai nak gila,tapi engkau sekadar melepaskan batuk ditangga,cis,bedebah!tidakkah engkau berasa malu dengan perkara ini?sekarang semuanya bagai mencurah air ke daun keladi.dah,sekarang picit jerawat yang seterusnya.lain kali jangan lah engkau picit jerawat yang belum masak.begitulah amukan encik boboy ke atas zaidi yang baru setahun jagung dalam bidang memicit jerawat.terkedu zaidi bagai orang yang mati anak,mukanya yang berseri bertukar menjadi seperti ayam berak kapur.namun begitu zaidi hanya mampu memendam rasa memeram jiwa yang terkelana akibat amarah encik boboy yang berjerawat.disini bukanlah nak menceritakan kisah orang berjerawat yang panas baran mahupun persoalan tentang siapakah encik boboy yang sebenar.ceritera tersebut hanyalah pembuka bicara bagi masalah yang kian menular dalam kalangan masyarakat.perkataan amarah cukup untuk membuat kita tertanya-tanya dan diselubungi misteri.sebelum itu ingin saya nyatakan bahawa ceritera ini tidak berkaitan sama sekali dengan yang bernyawa mahupun yang sedang menerima azab di alam barzakh.ceritera ini adalah rekaan semata-mata dan jika mata hati para pembaca dapat membuka mata pejal anda untuk membaca ceritera ini,teruskan membaca.logikkah kiranya jika saya meletakkan amarah itu satu perkara normal yang sering kita alami dalam menempuh kehidupan yang penuh pancaroba ini?ahhh! pandai-pandai ah korang pikir sendiri.babi btol lah.dah.malas aku nak sambung.tido lagi bagus.pasal marah pon aku nak kene bagitau ke?xpayah idop r korang!menyusahkan je.dah2.
p/s : contoh karangan oleh seorang yang berubah emosinya secara mendadak dan mengalami proses amarah.jangan marah.

No comments:

Post a Comment