Monday, October 7, 2013

Malam dingin malam


bertungkus berlumus, seorang diri melawan semput dan sakit. cuba untuk meraih sedikit dengar dari peminjam telinga tetap, tetapi gagal. ubat pahit seharusnya ditelan tanpa syak wasangka. tiada keraguan, sebulat paracetamol ku telan jua. kisah malam semalam, terbaring tanpa doktor, penyedut dan nafas segar pembawa tenang. kuputus untuk keluar mengambil udara musim luruh yang bugar, menjadi back up rasa kurang selesa dan pendek nafas yang tersekat. kuasa Allah jua, yang melega dan membawaku tidur. Alhamdulillah.

Saturday, August 4, 2012

kita sudah bersedia.ubah.


hamba sebagai pihak ketiga, memerhati gelagat dan telatah rakyat sekalian juga pemimpin-pemimpin sekali-faham oleh tuan hamba sekalian.


adakah kita semua bersedia?





ungkitkan sasakala,
selang malapetaka,
deruan rasa.

mana letak saksama,
tiada rasa sesama,
puaka yang berdusta.

mana petanda?
pengubat bagi durjana,
jerih belasungkawa,
ditabal kurnia,
angkuh di singgahsana,
jeleknya,
manusia.

kendatipun begitu,
tak ubah, canggunglah,
sentiasa orang kemaca.

alangkah unik,
dentuman, siulan,
magisnya kata-kata.

Saturday, June 16, 2012

memotivasi rasa pagi


selamat subuh kepada pagi.
selamat tinggal selimut bersetubuh.



dikala merah meresap rasa marah, teriak menyerah mula mengerah mendekati kalah. lantang yang dulu menjadi kelemahan yang kini, tidak membawa sebarang tenaga yang berkuasa. pada saat hampir terburai segala asa, didokong cita-cita, tali asa itu menebal sendirinya. lalu salutkanlah berlian agar tiada dipotong juga dicalar seentengnya.memang, tiadalah mudah mencipta cita yang jaya, namun masih tiada mustahil mereka jaya yang dicita, berketepatan dengan pendirian, berpaksikan kesungguhan dan berorbitkan keyakinan, maka, mustahil itu akan menjadi akrab dengan kejayaan. jadi, mulakan merosok dengan tangan berjenama gila, meraba, mencari sinambung utuh perlaksanaan. kerana sesungguhnya, adalah wahmi jaya tanpa usaha, juga wahmi usaha tanpa jaya.

Wednesday, June 13, 2012

erti kata pasti

tidak dapat bayangkan rasanya nanti, tidak terfikir akan kesannya nanti, sepecah mana pecahan yang terhempas dan sederas mana teriak sanubari, sepedih mana siat-siatan hati, namun semua rasa ini akan dikisar bersama, ditumbuk selumat mungkin membentuk sebuku pengorbanan.ya, pengorbanan yang tidak akan menimbulkan sebarang rasa kecundang lagikan sekelumit sesal. segagah kesatria yang menggagah, sekuat kekuatan akan berkuat kuasa perjalanan kehidupan secara terus tanpa tolehan. kerana ini pasti yang terakhir, sepastinya dan akan dipastikan.

Sunday, June 10, 2012

sedari tubuh badan


sedari,
kujur tubuh(serta anggota tubuh) ini sebenarnya,
sedang menangis,
barangkali sedang meratap,
boleh jadi, ada,
yang sedang gelisah,
lebih parah,
ada antaranya, menggigil takut,
majoriti anggota sedang menyesal,
akan perilaku yang disengaja,
lutut hingga pusat menderita,
dan deras mengalir padanya,
rasa cuak.
kendatipun begitu,
mata ini samar-samar lihatnya,
suara ini lemah getarnya,
tahu ini menyalahi faham,
dan faham ini menidakkan tahu,
namun itu semua,
salah kita.


segala penerangan ini,
adalah maujud.
dan kasatmata.
terbalikkan kebiasaan,
sebelum mereka(anggota tubuh) membuka mulut,
menikam membuka pekung.

Monday, June 4, 2012

kuasa bukan menguasa


sebagaimana dicanang sekalipun,
lengkap bersenjata kata-kata,
tidakkan patah aura yang mendakap citarasa.
meluruskan yang bengkok,
menjadi penerang deria yang tidak hirau akan kebodohan sejagat.
apalah ria,
jika digenangkan nanah pada mata,
dan apalah duka yang diselit sengihan biadap.
semakin dekat semakin rancak,
semakin hebat meracun fikiran.
kuasa melampaui kesepatutan guna.
tak ubah bagai rubah,
mencuri masuk ke kebun anggur
semoga terpijak jerangkap samar
menutup mulut mematah langkah
para penguasa yang angkuh,
yang berpaling dari yang sepatutnya.

Wednesday, May 30, 2012

Rungkaian


ketegar itu mencarik nan menyiat kulit,
tiada sedar tertusuk maksud pencarian semena,
sedang langkah diorak lemah,
dikendong sama kekosongan rasa,
merupa erti kata, menentang riak rupa.
tiada ditonjol sesuata tanya nya,
tidak diperaga bahasa gaya,
disiram tahu,
yang sekeliling tidak mungkin cakna,
lanjar memeram rasa kusam,
mengemam luka,
namun cekap berlagu cendana,
meski senandung gusar terpancar menerpa.
apa lagi nak didirgahayu?
bahagikan, asingkan,
mana perlu, mana bestari,
mana mengusik mana menguji.