Sunday, February 26, 2012

deep breath

In the midst of monotonous days, in the middle of the night, in this complicated world
New thrills are soon worn down and turned into rubble
Everything will either go well or badly
I know that, but I just don't know what I want to do

I'm tired of competition, still time moves on
The days keep going
Every once in a while I'll try spreading my hands
And if I take a deep breath and open my eyes

I'll jump out of the solar system, loosen up a little
Feel the new wind with my body
Forced out of the path of fate, I'll be a little more free
And become a nameless star in a nameless constellation

On the other side of my memories, in the middle, in a fragile dream
Awakened from a new sleep, I find it's soon dawn
The excitement and calm I remember
Are surely too distant for my life now

I try to rebel against familiar things, still time shrinks down
The days are flat
Every once in a while I'll try spreading my hands
And taking a deep breath and opening my eyes

I'll jump out of the solar system, stand a little prouder
The new wind will blow from there
Forced out of the path of fate, I'll feel a small breath
And become a nameless star in a nameless constellation
Somewhere in a corner of the universe that's almost disappeared
I take a deep breath

There's darkness in my heart
Grass scatters in the shadows
The moon comes out in the night sky
The buildings are closing in

A long stretch of cloudy sky
My short morning preparations
Surrounded by a deeper green than usual
A flower bloomed

Tuesday, December 27, 2011

Pendakian ke ketinggian

berdiri sebelah kaki, pasti lenguh kaki yang terangkat. berlumba dengan kelajuan, tak akan dapat. garisan tamat yang tidak wujud dengan garis, berpenghujung seluas mata memandang sejauh kejauhan dan sedalam kedalaman. dalam misi menentang dunia yang menentang sepenuh tentangan dari segala aspek cuba menghalang akan daya mampu tahan.daya yang terhimpit di antara sempitan yang mengapit cuba menghapus akan wujudnya satu perkara abadi yang pasti tidak mati sebelum kematian. dengan tiada istilah ragu, memberi sepelusuk percaya yang jitu kepada pengharapan. akan amat terlukalah jika ditidakkan atau tidak dibalas dengan kesamaan yang tidak seserupa sekalipun. tidak mahu akan kegoyahan dalam keteguhan yang berselindung sebalik tirai pengetahuan cetek yang dirasakan cukup. kerana mustahaknya ia hanya pada satu kalimah setia dan sekelumit percaya. sepenuh hati meyakinkan kemustahilan, seluruh jiwa raga menidakkan hakiki. seorang diri melemah tidak, cuba menewaskan sekawan kekuatan segala mampu.

Thursday, September 22, 2011

do what you gotta do

girl i can understand how it might be
kinda hard to love a guy like me
i don't blame you much for wanting to be free
i just wanted you to know
i've loved you better than your own kin did
from the very start
it's my own fault for what happens to my heart
you know i've always known you
so,you just do what you gotta do
though it may mean i'll never be part of you again
pay that no mind,and chase that dream of yours
just come on back and see me when you can
i've kept my eyes wide open from the start
and girl you've never lie to me
the part of you they will never see
is the part that you've shown to me

do what you gotta do:
the strollers
nina simone
sammy davis jr

Sunday, September 18, 2011

minat

minat ibarat suhu,boleh naik dan boleh turun mengikut kadar yang tersesuai dengan keadaan.minat adalah satu ketetapan yang berubah ubah ,sebagaimana kita sangka ia tetap, sebenarnya ia berubah ubah mengikut persekitaran dan kebulatan sekeliling dimana kita terlalu bergantung dan kebergantungan itu bukanlah sesuatu yang baik sebetulnya.

Monday, September 5, 2011

kisah berbaur benar

ini adalah sebuah cerita yang perlu digembar dan digembur.

ada seekor burung sedang ligat terbang tiada hirau akan cuaca.terbangnya ia melebar sayap dalam kelebatan salji yang bersungguh sungguh tampaknya menjatuhkan burung tersebut.burung itu tiada larat menyebabkan hilang larat dan longlai ia dijatuhkan dan ditimpa timbunan salji.burung itu tidak dapat bergerak dan tidak dapat mengatur gerak dengan keadaan tertimbus.keadaan nyawa nyawa ikan memungkinkan kemungkinan mati burung tersebut.separuh nyawa burung itu dalam timbunan salji yang menebal menimbus.

tiba tiba datang seekor kerbau melalui burung itu melepasi ia lalu menjatuhkan berak,beraklah kerbau itu menjatuhkan gugusan tahi beliau keatas burung yang membeku melemah hampir mati beku.kehangatan najis kerbau itu menghangatkan si burung lalu burung itu terhangat hilang sejuk lalu dengan gembira mengeluarkan kepalanya dari campuran najis dan salji dengan girang dan bernyanyi nyanyi.

lalu datang seekor kucing dan mengeluarkan si burung dari najis kerbau tersebut dan membersihkan nya dengan sebersih bersih kebersihan.kucing itu kemudiannya memakan burung itu.

dalam kisah ini tersirat 3 pengajaran.

pertama sekali , orang yang memberi susah kepada kita, dalam erti kata lain berak di atas kita memberi kotor kita tak semestinya musuh kita, yang kedua, orang yang membantu mengeluarkan kita dari susah dari kotor najis, dari bala tak semestinya kawan kita. dan yang terakhir, kalau terlepas dari sesuatu kesusahan,dari tahi dan kemajalan, jangan berlagu laguan.

Monday, August 22, 2011

bagaimana harus

hampir kepada raya, mengheret sama rasa gundah yang menjadi seteru kepada bahagia dan ketenangan. cetusan masalah peribadi mendokong perwatakan yang berkarakter malap dan lebih kepada antagonis seorang jahat. hati sedih dibanjiri tangis sengsara seksa yang perlu dikekang hebat tamparannya, harus kuat memandangkan keputusan sudah disaring kebaikannya meski belum terberanak keluar manfaat dari itu. namun demikian, masih teguh dahan percaya pada pokok ketentuan yang berbenih kepercayaan. sejujurnya sedang berfikir akan hari raya tanpa mendengar satu suara yang sebelumnya menjadi makanan telinga dan pewarna gembira wujudnya, tanpa itu, dengan penuh yakin jasad berselaput naluri ini merasakan satu kekurangan akan dirasakan bukan pada penanti suara ini sahaja, juga pada pemberi suara yang berhati penyayang yang semakin sempit ruang rasa seperti mana disangka dan dihadapnya dengan baik dan penuh usaha. juga timbul rasa sedih dan kasihan pada keadaan yang dirancang tiada,kerana jauhari itu kenal benar manikam dan telah ditatukan nama bercorakkan percaya didataran luar jantung. kendatipun begitu,puisi lembik tidak mengukuh yang lemah dan tidak menajamkan yang tumpul. bertemakan langkah baru, berikutan itu tiada apa yang dicari dan dikehendaki selain keputusan untuk bersendiri berseorang diri menjalani hidup sehari hari,biar terbukti janji janji yang sentiasa ditepati pembikin janji ini, biar tahu biar terbongkar kuat si lemah ini lebih kuat dari sang kuat yang suka melemah. bukan untuk dikagumi, atau diperhati, ia sekadar perbuatan normal dalam menjadi diri sendiri dan mencampak jauh hipokrit. langsung tiada kena dan mengena dengan tekanan yang menekan.namun dalam pelbagai keadaan,cukuplah hamba sekadar seorang manusia bertelinga dua yang bermisi mulia untuk menghibur hati penghibur berhibur, melembut keras yang mengulas, membantu seraya menghulur bantu yang melembikkan keras.

p/s : bagaimana harus, bagaimana harus. sentiasa berfikir membolehkan pemikir hilang daya fikir.

silap,manusia pelaku silap

manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan malah manusia berlari lari untuk melakukan kesilapan, kesilapan pula berlari lari di kejar manusia yang berlari lari ingin melakukan kesilapan sedangkan sepatutnya manusia lari dari melakukan kesilapan. meskipun hakikatnya manusia tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan samada sambil berjalan atau berlari, sentiasa ada kesilapan hampir setiap kali kerana manusia dan kesilapan adalah satu adunan yang tiada lari dari kelepasan.berlari lari melarikan diri dari kesilapan juga adalah sikap manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan,apabila kesilapan terjadi maka mulalah manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan ini melarikan diri dari kesilapan yang terjadi secara silap.kitaran ini akan berkitar secara silap dan mengundang kesilapan manusia sejagat menjadikan kita sentiasa ingin lari dari melakukan kesilapan sekaligus meneguhkan kenyataan manusia tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan. samada tersilap,menyilap diri, silap kesilapan, atau bersilap silap bukanlah satu benda yang perlu dikatagori dan dibahagi bahagi kerana ia tidak lari maknanya dan ia berakarkan perkataan yang sama iaitu silap dan silaplah bagi sesiapa yang berlari menidakkan dan menuduh kenyataan ini lari dan silap.tindakan sedemikian hanyalah mengundang silap dan ia ternyata satu kesilapan yang tidak akan lari dari tentangan dan akan dilabel sebagai kesilapan secara tidak sengaja atau tersilap.tidak silap lagi,manusia sering menjadikan kesilapan orang lain sebagai kunci untuk lari menyorok kesilapan yang telah dilakukan dengan silap.lihatlah,betapa manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan cenderung untuk lari dari kesilapan.kesilapan mampu menjadikan hidup manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan malap dan gelap.dan secara saintifiknya,sang kesilapan tidak pernah gagal menyilapkan penyilap yang tersilap mahupun sengaja berlaku silap untuk menetapkan hukum silap-kesilapan.jika tidak silap, emosi akan terganggu dan akan memungkinkan kesilapan terhadap manusia yang dituduh silap atas kesilapan yang tak disengaja, lebih silap lagi apabila manusia yang menuduh silap itu lupa bahawa manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan, menyerlahkan sikapnya yang lari dari moral yang berkualiti.sepatutnya kita tidak lari dari silap yang kita lakukan sebaliknya bertanggung dan berjawab atas kesilapan sama ada tersilap atau tidak kerana silap silap kesilapan itu akan memakan diri kita sebagai pesilap.

p/s; maaf jika tersilap, manusia adalah pelaku silap.