persoalkan, segala soal yang tiada jawab
meremang, kedalam penangan angan menjatuh
permainkan, mainan yang pasif bermain
adapun, ia cuma tinggalan tertenggelam
kalaupun, harapan merbahaya membunuh jiwa
berbalik semula, setelah ke pengetahuan
rasa yang tetap berkunjung, ratapnya
sedikit cuma, ingin tahuku berkeliaran
penamatnya mana? tiada langsung bermula tamatnya
akan ada simpati, tapi bukan itu. jangan, sesekali.
selepas lepas, terpegang hujung tergendala
bertutup segala pekung tersimpan sesama
bagailah mana, buat hari-hari yang mendatang
depan kepada, masa depan.
sebahagian, masih jua merasa
kekuatan kepada melerai rasa berbisa
ditahu tapi disapa, diundang tapi tak diingin
perasaan, rasa kebas rasa-rasa
diluah tetap, tidak tepat.
ditulis tetap, tidak sampai.
dilagu jua, tiada rapat temponya
hanya mampu dirasa, dicuriga jiwa.
demikian hari hari lepas, hampir berjaya
namun penipuan kendiri, tidak berhasil menguji
mengalih pandangan yang lemah memandang.
tetap juga, dinanti ketetapan-Nya.
kerana karma itu berfungsi,
balasan tuhan juga menanti
tiba masa nanti, tersengih sang karma
menepuk tangan memerhati.
semoga berjaya dikemudian hari.
bergelumanglah, teruskan.
kerana sang hakiki, tidak hanya memerhati.
zina mata, telinga dan hati.
semaklah hadis2 savior mu.
akan terang cegahan, akan larangannya.
supaya lebih tenteram, ke arah alam abadi.
tidak cuma fana
where did you go?
ReplyDeleteIt doesn't matter anymore, i am here now. Alive n kickin'
Deletegood to know
ReplyDelete