Sunday, May 13, 2012

spastik

pembukaan rasa terhadap suatu kekurangan yang jelas kurang fizikal dan tidak cukup raih mental memberikan satu impak dalam aktiviti menghela oksigen masuk sehari-hari.kerana penghidupan sesebuah kehidupan sangatlah bernilai dan tiada santiran juga tiada tolok bandingnya denga harga.

untungku bertemu dengan Eishah seorang lemah lembut dan gemalai hatinya yang murni mempunyai kasih yang tinggi dan sayang yang menggunung.tidak pernah terfikir aku akan menghabiskan masa lapang dengan menjadi sukarelawan memberi senyum dan menyampaikan sayang kepada yang kurang upaya dari segi keupayaan dan pasif mental fikiran.cukup lama beliau disana, diheret sama kujul tubuhku menyaksikan sendiri dan merasai sekelumit apa yang dirasa oleh para manusia yang berjalannya tidak tangkas, terhuyung-hayang, langkahnya tidak gagah dan bergoyang, cakapnya tidak berirama dan berbunyi sumbang, daya fikir dan mental yang setengah daripada usia sebenar, bersungguh-sungguh menyampaikan mesej, namun kita tidak akan faham dengan mimik muka dan gaya tangan yang kita tak terbiasa itu. merekalah peraih spastik kurniaan tuhan, dan sesungguhnya mereka mulia.

setibanya disana, aku diperkenalkan satu demi satu akan peraih spastik yang berlegar diruang hadapan menanti layanan orang yang sudi datang menjengah. sangat menyayat hati betapa mereka masih bersemangat meneruskan kehidupan meskipun dalam keaadan kurang segala keupayaan, namun manusia normal ada yang ingin membunuh diri sendiri. bagaimana mereka sambut setiap jelingan dan lirikanku dengan senyuman ikhlas yang terpancar kesungguhan, namun manusia normal sangat sukar melontar senyum sesama sendiri.

langkahku dihentikan oleh Eishah, beliau menuding kepada seorang pesakit yang duduk lemah diatas kerusi roda, tubuhnya tidak bergerak banyak dan kelihatan dia cuba berinteraksi dengan sekeliling.kata Eishah, "nampak tak dia pakai baju sekolah, seluar sekolah and kasut sekolah". "eh, kenapa dia pakai baju sekolah ni? bukan ke yang lain semua pakai pakaian biasa je?"soal ku. jawab Eishah, "ya. dia nak sangat pergi sekolah, so parents dia bagi dia pakai baju sekolah semua sebab dia nak". mendengar itu sangatlah sedih hati ini, terasa ingin jatuhkan genangan air mata tetapi ku kawal ke-macho-an ku dihadapan Eishah. lihatlah,begitu sekali semangatnya, sedangkan manusia normal ada yang ponteng sekolah, dan merungut malas ke sekolah.tidak kah kita sedar betapa beruntungnya kita.

No comments:

Post a Comment