suara yang hilang, kedengaran tidak, keperluan yang tidak, maksimum sunyi dan ribuan musykil juga jutaan risau tanpa tindakan telah bergabung dalam satu bentuk pentagon lalu menetap dalam satu bilik gelap yang terletak di atas kain hitam yang bercorak dosa.dengan ini menuntut sinaran agar hadir menundukkan kepalaku, mendongakkan daguku mengangkat kedua belah tanganku sehingga kedua-dua tapaknya menghala ke langit bersama rasa ikhlas dan sebak.penulisan lama kutinggal, kemalasan bukanlah punca, rasa kosong jugalah mengutarakan semua. apakah itu rasa kosong? perasaan di mana hiba dan hambar bergabung aduk pada sempadannya, saat tenggelamnya remuk dada dalam drama luar biasa, tika tersulamnya kepentingan semasa, setelah hilang dan datang menjadi perkataan yang sinonim,juga tatkala sedih dan duka menjadi dua perihal yang antonim.
hakikat,cukup itu hanya sekadar menggambarkan cukup dengan satu luahan yang mencukupkan pucuk-pucuk kuncup yang pernah dikucup dengan iringan dimensi lain,dimensi yang mentah tapi sentiasa berahi mengorek ilmu.tiadalah sama antara dulu juga sekarang,tiadalah berbeza semua yang lain-lain pangkalnya,walau kemungkinan sentiasa mengusik dan memberitahu akan suatu yang tidak pasti menyebabkan haluan hilang penanda arah,kenyataan tetap degil untuk berganjak.memerah merah batin tersingkap ke arah merah jalan yang terhampar, dari mana datangnya luka, dari situlah punca pengalaman.
p/s: kimal yang tidak berganjak.
No comments:
Post a Comment