Sunday, May 2, 2010

bertapa di dalam gua bersama pak rejab

setelah sekian lama,aku masih makhluk yang sama,tiada kehidupan sempurna tiada bahagia tiada berjaya tiada disayang tiada dikasih tiada dicinta tiada diteman tiada diterima kasih tiada populariti tiada manis tiada kencing manis tiada darah tinggi tiada gelak sangat tiada yang peduli dan tiada bersungut tentang perihal makhluk lain.yang aku ada cuma rasa bersalah yang memanjang tentang segala sesuatu yang berlaku dan setiap inci perubahan segala jadi terhadap waktu yang tiada berhenti,adanya rasa itu walau bukan dengan kehendak sendiri.untuk berubah menjadi selain diri sendiri adalah tidak berguna sama sekali buat sesama sesekali sesetiap kali.mengambil keputusan untuk memerhati sahaja mungkin menjadi sesuatu yang baik dan aman untuk diriku sendiri dan juga orang lain serta orang lain yang lagi seorang itu.mulutku kini dikecup aura bisu dan angin yang tumpang lalu.biarkan titik air itu jatuh keatas kerasnya batu,meski lama masa dimakan meski banyak usaha diperlukan,hati orang lain akan sentiasa aku dahulukan hingga akhirnya kurasa keberbaloian.ramai yang boleh bercakap tetapi tidak ramai yang boleh melakukan juga ramai yang boleh mementingkan diri akan tetapi tidak ramai yang tahu kepentingan untuk diri sendiri.

mengesot masuk ke bab jiwa-jiwa jarang-jarang sekali,rasanya berpusing di satu tempat yang sama setiap pelusuk kelilingnya membuahkan rasa pening dan curiga ditambah cemburu dan tanda tanya didarab rasa ingin tahu dan "haihh" dari mulut berselang seli dengan keluhan yang menakutkan.sesedap rasanya,melukut di tepian gantang itu adalah aku dalam versi seksi.tidak mengapalah asal rasa bahagia itu senentiasa ada buatnya.mencelah pula di antara dua buah lori fana duniawi yang menjerut leher kemanisan kehidupan,sangat berharap dapat menjadi seorang manusia yang lebih baik hari demi hari dan mendapat keberkatan hidup juga dihindarkan dari dosa-dosa dan maksiat yang sering menelefon dan mengSMS nafsuku untuk diajak bertemu tatkala kesunyian dan dalam kealpaan.aku yakin bahawa hidup hanya sementara,dan tiada guna bermusuhan sesama kita serta melayan perihal yang remeh dalam keaslian egoistik makhluk tuhan.sama-sama perbaiki diri,semoga kehambaanku terhadap yang esa bertambah.akhir kata,asasi sains fizikal di universiti malaya agak menarik.aku dapat yang ni,hmm.terima kasih,assalamualaikum.

p/s: bahasa melayu yang simple agak mengenyangkan.

No comments:

Post a Comment