tatkala hamba duduk sambil membelai manja janggut sendiri ataupun baring memandang kerasnya siling, hamba cenderung meneliti dan sungguh-sungguh celi akan satu perkataan yang meniti di benak hamba iaitu 'future' atau dalam bahasa orang kita, depan kepada masa sekarang atau lebih glamour disebut sebagai, masa depan.
imbas semula zaman sekolah rendah, pabila teacher nurseha binti buyong bertanya dalam nada yang menggiurkan, "akmal,what is your ambition?" dengan balaghah hamba menjawab "i wanna be an architect."walaupun tidak begitu pasti apakah itu arkitek, adakah sama seperti billy, blue ranger bersenjatakan tongkat ataupun seperti bob the builder,"can we fix it!" ternyata sangkaan anak kecil selalunya meleset.
melangkah masuk ke buana sekolah menengah, guru matapelajaran seni berkaliber, cikgu roslan bin mohamad pernah mengajukan soalan yang persis, langsung hamba menjawab dengan jenjam untuk menjadi jurutera.hamba langsung tidak hairan dengan jawapan hamba, kerana hamba hanya sekadar mahu menjawab soalan itu menggunakan jawapan yang tidak berakarkan perahan otak memikir dan menyaring dari kepeningan yang telah wujud.
namun kini,kehangatan mula membahang menerpa menyelimut hati yang kian membuncah tentang ke mana hala tuju hidup senyampang bernyawa ini.meski cemerlang spm, masa depan belum berada dalam keadaan selamat.daripada tujuh permohonan untuk memegang biasiswa, hanya satu yang dipanggil untuk temuduga.sejauh manakah neraca pada bendera berfungsi menimbang nan mengadili jua menghargai secebis jaya ini.kutidak layak?sungguh karut.persetankan semua itu.semua yang berlaku sudah pasti diekori hikmah dari belakangnya.
kini,prasa masa depan mula membelenggu keinginan berseronok bersama dosa yang digalas berikutan makin tua kelapa makin banyak santannya.hamba sedang berharap cita-cita menjadi jurutera bukanlah satu cakap lepas hasil pergerakan bibir angkuh remaja belasan tahun sebaliknya kenyataan yang dipos dari masa depan.
punyai biasiswa membawa kepada kerjaya,kerjaya membawa kepada wang ringgit,rumah,kereta dan studio rakaman sendiri.segunung harapan dan cita-cita dipikul.masa depan yang digambarkan diharap muncul.
*ingin menghantar umi menunaikan haji.
*ingin membawa ayah menonton perlawanan liverpool di anfield.
*ingin menjadi rockstar.
*ingin berumah dan bertangga.
semoga segalanya menjadi nyata dalam masa yang sama meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment