kadar kegembiraan sedikit merudum dan menipis tatkala hari mencecah puncak.pesona kelibat terkadang timbul terkadang tenggelam umpama bermain sorok-sorok tatkala bulan mengganti mentari yang sudah kehabisan stamina menyuluh kelakuan makhluk bumi.burung gagak halimunan kaku bertenggek di atas satu set kelopak mata menjadikan pandangan kurang jelas dan terbinalah wajah batu bermata kuyu.
penat menunggu kucing bertanduk,nampaknya kucing tersebut terlebih dahulu hilang nyawa sama seperti si ayam jantan yang menjadi hidangan makan malam setelah tidak bertelur untuk satu tempoh yang lama.episod seterusnya diramal menjelma dengan ayam jantan dan kucing yang berbeza inkuiri terhadap cuaca yang mendung selalu.seolah-olah ada paip yang terkunci nun di atas sana menghalang curahan hujan ke muka bumi yang dilimpahi noda.
manusia bermata kuyu itupun langsung mengendahkan curahan hujan dan terjun ke gaung puaka di mana keadaan sungguh gelap dan sunyi.seraya berkata "hamba tidak akan muncul lagi,hamba tidak akan mengacau lagi,bukan kerana permaisuri mahupun tuan hamba,tapi kerana hamba sendiri yang terkelana menipu diri sendiri dan berlakon komedi" riwayat hitam itu membelenggu ketidakfahaman terhadap peninggalan yang mempertaruhkan unsur bukan-bukan serta sampah penghayatannya.
p/s ; selamilah kedalaman dalam selaman melampau yang lampau
No comments:
Post a Comment